Monday, October 24, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG JADIKAN ISU PROF DR ABDUL AZIZ BARI SEBAGAI JENAKA POLITIK


 
Semenjak terlibat secara langsung dalam perdebatan dalam titah Sultan Selangor, secara langsung telah mengheret Prof. Dr. Abdul Aziz Bari ke kancah politik walaupun niatnya untuk mempertikaikan titah sultan itu sebagai pandangan peribadinya berdasarkan kepakarannya dalam undang-undang.

Pandangan peribadinya terhadap titah Sultan Selangor itu bagaimanapun tidak disokong rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang beranggapan penentangan itu adalah tidak wajar dan kurang ajar. Di sebalik rakyat, BN dan UMNO selaku pemegang amanah kepada kepentingan umat Islam dan Melayu berpendapat kenyataan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari adalah kurang tepat dan memohon meminta maaf secara terbuka.

Menjadi kebiasaan apabila ego dan angguh menguasai diri seseorang yang dianggap sebagai “pakar” dan pandai dalam segala hal telah menidakkan pandangan orang lain. Budaya orang Melayu yang sebelum ini berpegang kepada “biar mati anak, jangan mati adat’ ternyata tidak lagi relevan bagi golongan ini.

Justeru, mahu tidak mahu, isu Prof. Dr. Abdul Aziz Bari telah mendapat tempat dikalangan Pakatan Pembangkang yang kebetulan sekarang ini kekurangan isu. Mengambil kesempatan ini, pemimpin Pakatan Pembangkang yang kebanyakannya peguam telah mengambil kesempatan dengan memperalatkan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai bahan jenaka politik.

Seperti biasa, itu, pihak pembangkang dilihat melemparkan pelbagai tuduhan melulu terhadap kerajaan. Pakatan Pembangkang mengakui isu ini tidak akan sampai ke mana memandangkan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari kini bukan sahaja berhadapan dengan BN dan UMNO bahkan juga institusi diraja.

Sebagai pembangkang yang suka menangguk di air keruh, dakwaan penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini adalah seperti mencalit kuman di muka sendiri.

Kejadian berlakunya demontrasi yang menentang penggantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa dipercayai didalangi Pakatan Pembangkang. Umum mengetahui, UIA ini merupakan pusat pengeluaran produk untuk menentang kerajaan walaupun kesemua kos pengajian pelajar tempatan di UIA disubsidikan kerajaan.

Apakah Pakatan Pembangkang lupa akan pemecatan ketiga-tiga kakitangan Universiti Selangor yang semua orang tahu dipunyai Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Pembangkang yang sehingga kini masih belum diselesaikan dan kini sedang dalam proses saman-menyaman?

Kenapa dalam kes di atas, tidak pula kedengaran laungan daripada pihak pembangkang tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini?

Sewajarnya, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa dan bukannya sibuk menimbulkan isu yang sebenarnya memaling di muka sendiri.

Sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada ahli politik.

2 komen:

  1. AZIZ BARI BUKAN PAKAR TAPI ZAKAR...

    DOK RASA MACAM SEMUA DIA YG BETUL...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete
  2. Mungkin masanya di UIA sudah boleh dihitung harinya. Dengan mainan politknya di Pasir Gudang dan terkini di Gelang Patah, soal UIA tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadapnya rasanya bukan lagi suatu pilihan.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger