Thursday, October 20, 2011

PAS DAN PKR SETUJU TERHADAP DAP UNTUK TIDAK SERTAI HIMPUNAN SEJUTA UMAT



Demi kepentingan politik kononnya tidak mahu diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu serta mengambil kira nasihat DAP yang awal-awal lagi menentang perhimpunan, PAS dan PKR tidak mahu terlibat dan menyertai Himpunan Sejuta Umat.

Himpunan Sejuta Umat ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan fahaman bahawa ketika ini umat Islam di Malaysia sedang menghadapi ancaman untuk memurtadkan umat Islam.

Ini bertitik tolak daripada pemeriksaan JAIS ke atas DUMC yang disifatkan Kerajaan Selangor sebagai mencabuli hak-hak orang Kristian. Walau bagaimanapun, JAIS dalam serbuan itu mengakui terdapat usaha sebilangan pihak cuba untuk mengaburi aktiviti keagamaan itu dengan cubaan memurtadkan umat Islam. Dalam serbuan itu, seramai 12 orang umat Islam yang terdiri daripada kanak-kanak dan ibu tunggal yang hidup miskin.

Sikap terpuji penganjur yang mahu mengumpulkan seberapa ramai NGO’s bagi menentang usaha memurtadkan umat Islam di negara ini bagaimanapun tidak diterima oleh parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Sebelum ini, Pemuda PAS telah membuat keputusan untuk mahu menyertai Himpunan Sejuta Umat tetapi kemudiannya akur terhadap kerputusan pucuk pimpinan tertinggi yang mengambil keputusan untuk tidak menyertainya. Tindakan PAS ini sekaligus mencerminkan PAS kini bukan sahaj dikuasai golongan sekular yang diwarisi daripada Anwar Ibrahim bahkan juga sudah pula dikuasai anasir-anasir bukan Islam seperti DAP.

Di manakah perjuangan menegakkan Islam yang dilaungkan PAS dalam setiap ceramahnya? Ternyata, PAS tidak layak membawa Islam dalam parti itu atau lebih tukar nama yang boleh mencerimkan sifat sekular dan anti Islam.

Kini, rakyat boleh mempersoalkan apa sebenarnya yang mahu dibawa PAS? Agama Islam atau sikap sekular yang menghalalkan memurtadkan umat Islam.

Untuk itu, dalam menghakimi apa yang telah dibuat PAS, tentukan saja kekalahan majoriti di dalam PRU-13 nanti. PAS bukan sahaja menidakkan perjuangan Islam bahkan menghancurkan Islam yang dianuti sebahagian besar umat Islam di Malaysia.

PKR yang diketuai pemimpin Islam juga mengambil pendirian yang sama seperti PAS atas nasihat DAP yang mahukan kedua-dua kompenan Pakatan Pembangkang tidak perlu mengikuti Himpunan Sejuta Umat.

Apakah rasionalnya PKR tidak mahu mengikuti Himpunan Sejuta Umat? Pastinya mereka mahu menjaga nama baik pemimpin Islam seperti Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang ketika ini sudah tercemar teruk.

Alasan kononnya penganjur Himpunan Sejuta Umat itu hanya menjemput NGO’s dan tidak parti politik sangat tidak boleh diterima akal. Sekiranya PKR beranggapan bahawa perhimpunan itu memberikan kesedaran dan manfaat khususnya dalam menyakini apa yang sedang berlaku sekarang dengan ramai masyarakat Islam sedang mengalami ancaman yang difikirkan sebagai penghujung zaman.

Kesedaran beberapa pemimpin NGO’s sangatlah dihargai manakala pemimpin politik seperti PAS dan PKR yang hanya berlatarbelakangkan agama Islam. Sesungguhnya apa yang dilakukan PAS dan PKR ini adalah suatu yang seharusnya dikutuk dalam hidup bermasyarakat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger