Friday, October 7, 2011

PERBICARAAN LIWAT ANWAR IBRAHIM DIADAKAN SECARA TERTUTUP? ATAS SEBAB APA YA?



Apa pula motif Anwar Ibrahim dan peguambelanya yang mahukan kes liwatnya diadakan secara tertutup? Persoalan, kenapa perlu diadakan secara tertutup? Apakah Anwar Ibrahim takut akan tembelangnya akan pecah di mahkamah yang mana ada soalan yang tidak dapat beliau jawab? Juga, apakah ini bertujuan untuk melambatkan lagi perbicaraannya yang ketika ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim yang baru sahaja disambung selepas ditangguhkan seketika, sekali lagi peguamnya membuatkan wartawan dan rakyat Malaysia berfikir sejenak, apakah motif keterangan saksi pakar sakit belakang Dr Thomas Hoogland hingga peguamnya mohon keterangan diberikan secara tertutup atau dalam istilah mahkamah ‘in camera’.

Ini merupakan kali kedua peguambela Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk diadakan perbicaraan tertutup selepas kali pertama ketika saksi utama yang juga mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan memberi keterangan mengenai apa yang berlaku di tempat kejadian.

Permohonan perbicaraan tertutup telah disampaikan peguambelanya, Sankara nair pada Rabu, 3.10 petang di Mahkamah Tinggi. Sankara Nair meminta supaya keterangan saksi dibuat secara tertutup. 

Ternyata, peguambela berjaya mendapatkan keputusan mahkamah dengan membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini.

Akibat daripada itu, galeri mahkamah terpaksa dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok.

Selain orang awam, Presiden PKR yang juga Wan Azizah juga beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan.

Hoogland, 66, dalam keterangannya mendakwa pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak.

Bagaimanapun, keterangan Hoogland itu ternyata mencurigakan memandangkan pada awal Januari ini Anwar Ibrahim kelihatan sedang melakukan aksi-aksi ranjang bersama pelacur dari China menerusi video yang didedahkan Kumpulan Datuk T.

Walaupun berkali-kali Anwar Ibrahim menafikannya, namun pendedahan video terbaru yang dipercayai dirakam CCTV berwarna yang mendedahkan wajah Anwar Ibrahim dan Eskay di tempat yang sama dengan masa yang sama. Pendedahan terbaru itu telah membuatkan Anwar Ibrahim kehilangan kata-kata untuk terus menafikan beliau terlibat secara langsung dalam video tersebut. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger