Monday, October 24, 2011

TONY FERNANDES BERGEMBIRA, ALEX FERGUSAN KECEWA, ANDRE VILLAS-BOAS TERKEJUT



 
Malam ini bukan malam Manchester United dan Chelsea sebaliknya malam gembira buat Queen Park Ranggers (QPR) pendatang baru Liga Perdana Inggeris bagi musim 2011/12 ini.

Sejarah tercipta apabila empunya QPR, Tony Fernandes bukan sahaja menjulang kemenangan QPR ke atas Chelsea sebaliknya mencipta sejarah kelab dengan mengalah Chelsea. Liga Perdana Inggeris dimainkan bukan sahaja mengejar kejuaraan sebaliknya juga mencipta sejarah kelab yang kebanyakkannya telah tertubuh sejak berates tahun dahulu.

Kemenangan QPR juga bukan saja membawa nama Tony Fernandes sebagai pengurus pertama yang berasal dari Asia Tenggara yang mengalahkan Chelsea, tetapi juga membawa nama Malaysia di atas tajaan Malaysia Airline di atas baju pemain yang berwarna belang biru putih. 


Kemenangan emosi QPR ke atas Chelsea telah berjaya menamatkan keangguhan Chelsea yang selama ini memperkecilkan kebolehan pemain dan pasukan khususnya mereka yang bukan setaraf kekayaan dan bintang-bintang pemain. QPR telah membuktikan faktor kewangan dan pemain bintang tidak merencatkan semangat mereka untuk mencapai kemenangan ketika menentang gergasi bola sepak Inggeris.

Melihat kepada perlawanan QPR dan Chelsea, memperjelaskan kewajaran Chelsea kekalahan memalukan itu apabila bermain dengan 9 orang tatkala 2 pemainnya dilayang kad merah dan diperintah keluar padang apabila menunjukkan permainan kasar. Di samping 2 kuning, pemain-pemain Chelsea juga telah dilayangkan 7 kad kuning, suatu rekod bagi sesuatu perlawanan Liga Perdana Inggeris.

 
Manakala, dalam perlawanan jiran tetangga menyaksikan Manchester City telah meleburkan permainan tanpa kalah di sepanjang beberapa perlawanan apabila mengalahkan Manchester United dengan 6 berbalas 1 di Old Trafford. Kekalahan terburuk Manchester United ke atas Manchester City sedikitpun tidak menjejaskan misi dan visi kelab London itu untuk mempertahankan kejuaraan LIga Perdana Inggeris buat kali ke-20.

Manchester City juga telah berjaya menebus kembali kekalahan mereka dalam perlawanan Perisai Komuniti yang menyaksikan Manchester United menang 2 berbalas 1.

Begitupun, kemenangan QPR ke atas Chelsea telah menarik perhatian seluruh peminat Liga Perdana Inggers di seluruh dunia. Bagi pusat-pusat perjudian, kemenangan upset QPR pastinya memberikan banyak habuan kepada tauke-tauke dan mereka yang menyokong QPR.

Bagi Alex Fergusan, kekalahan Manchester United ke atas Manchester City telah memberikan pengajaran yang berguna kepada mereka dalam usaha menambat kejuaraan seterusnya. Perjalanan masih jauh, dan pastinya banyak lagi perlawanan yang terpaksa diharungi sebelum detik sebenar mengejar kejuaraan bermula pada awal tahun hadapan.

Tahniah diucapkan kepada QPR dan Tony Fernandes …

1 komen:

  1. QPR kalahkan Chelsea? Yakah? X tau pun. hahaha. Tapi sian nangga MU kalah teruk antam MC. Tapi perjalanan masih jauh. Belum menentukan apa apa agik lah

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger