Friday, October 14, 2011

“USTAZ” BOB LOKMAN KECAM ARTIS MALAYSIA



Sebelum menyertai PAS, Bob Lokman sangat terkenal di kalangan artis Malaysia. Tetapi, sekarang selepas menyertai PAS, Bob Lokman bukan sahaja mengasing diri dari kalangan artis bahkan mengecam artis sebagai kerjaya yang menyesatkan. Ini semua gara-gara penangan PAS yang kononnya berpegang kepada syariat Islam.

Selepas tidak lagi menjadi pemandu teksi wang tunai, pelakon dan pelawak, Bob Lokman kini telah menjadi penceramah tetap PAS dan bersedia mengislamkan artis yang hanya pada nama Islamnya, tetapi tidak mengikut ajaran Islam. Malah, Bob Lokman tidak keberatan untuk menceritakan kebagusan PAS sebagai parti politik yang mendukung nilai-nilai Islam.

Dalam kenyataannya di Malaysia Insider, Bob Lokman menyatakan niatnya masuk politik bukan nak jadi wakil rakyat, tetapi saya nak bantu orang-orang Islam (artis-artis) negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja.

Kerjaya Bob Lokman sebagai penceramah PAS telah dipersoalkan memandangkan beliau bukan sahaja melanggar arahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malah ingkar untuk tidak mahu bekerjasama dengan penguatkuasa. Inikah nilai-nilai yang dibawa PAS sebagai sebuah parti politik Islam?

Bob Lokman telah menunjuk keras kepala tidak mahu pergi bagi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah dicekup beri ceramah tanpa tauliah Isnin lalu. Justeru, JAIS telah memohon waran tangkap ke atasnya kerana tidak hadir untuk tujuan itu pagi Rabu.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman dengan nada tegas tidak akan pergi ke pejabat JAIS atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepada dasar pemerintahan UMNO-BN.


Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Dia mendakwa penguasa JAIS dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai wakil UMNO, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.

“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka.”

Sebelum ini, JAIS telahpun mengeluarkan arahan berdasarkan titah Sultan Selangor bahawa pemimpin-pemimpin politik tidak dibenarkan menyampaikan ceramah politik kerana tidak mendapat tauliah. 

11 komen:

  1. Nak tanya Mamat nie, duit royaliti skg nie dia ambil ke tak???

    ReplyDelete
  2. Tak payah takut sangat dgn Brader Bob ni.. Ceramah dia takde isi dan langsung tak berkualiti. Ramai orang boleh menilai.

    ReplyDelete
  3. awat bang spongeBOB? dahi kalo hitam tu makin ISLAM ke makin bebal? kesian bang bob ni...

    ReplyDelete
  4. perasan bagus sangat lah tu. masuk PAS jd tiket nak buat ceramah merapu. dapat plak gelaran ustaz. ilmu agama tak sebanyak mana nak eksyen. eeeeeee meluatnya. telek diri tu dulu sebelum sibuk nak tarbiah orang lain. boleh jalan laa.

    ReplyDelete
  5. Salam;
    susah nak komen tak tahu jalan mana yang lurus..dua2 jln nampak sama je.!!

    ReplyDelete
  6. Saya pernah mendengar ustad mengajar...mengatakan akhir zaman akan akan org yg mengaku alim...sedangkan ilmunya cetek....parti pas umpama yadjut makjud yg datang dari timor....dan bapak setannya adalah Nik Aziz......

    ReplyDelete
  7. Ini yg susah jika iman dicampur ngan politik...kalau nak berdakwah tak payah masuk Islam...la!!!

    ReplyDelete
  8. Bob lokman ni macam musang bebulu ayam.....kita tak tahu apa yg dia cuba buktikan....ilmu tak setinggi mana dah nak jadi uztad....kalau betul ada ilmu tu kira oklah.....dulu zaman jahiliah pernah kutuk org munafik.....tapi kekawan percaya lah budak Bob ni tak kan pegi jauh....kantoi aje parti pas nanti di PRU13....menyalak le dia balik cari makan dgn berlawak...tengok le nanti.....sbb dia pakai serban tu pun tak iklhlas....memperjuangkan islam lancauuuu.....memang lah cucu tok kenali.....esuk dah tak ada duit dia akan balik kepangkal jalan tungguuuuuu aje lah.......nak putung jari tak berani ,tapi potong kuku tu any time......

    ReplyDelete
  9. Ini adalah dari saya.....yg merosak kan umat islam di Malaysia adalah parti pas...yg di ketuai oleh setan Nik Aziz...yg disokong kuat oleh umat nabi Lot Anuar Ibrahim dan bersekongkol dgn DAP yg terang lagi bersuluh menentang islam....kita kena ingat tuhan tahu apa yg tersurat dan tersirat di dalam hati2 manusia pemimpin2 Pas ...perjuangan islam ke politik????segalanya akan dinilai oleh tuhan dan di balas tak berapa lama lagi...kebenaran akan hampir tiba....tunggu lah.....

    ReplyDelete
  10. kalau betul Bob dah berdosa, biarlah Allah yg jadi pengadilnya kerana kita sebagai manusia masih byk kelemahan yg mungkin sama byknya untuk menilai seseorang.. jgn lah kita menambah dosa kerana rasa marah bersarang di hati kita ya..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger