Wednesday, October 19, 2011

ZULKIFLI NOORDIN SAHUT CABARAN UNTUK DEDAHKAN SIAPA DR ABDUL AZIZ BARI



Datuk Zulkifli Noordin bersetuju menyahut cabaran Dr Abdul Aziz Bari untuk berdebat secara terbuka dalam isu Perlembagaan selepas pensyarah kontroversi itu mempertikai titah peringatan Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini.

Bagaimanapun, debat itu hanya akan menjadi kenyataan jika pensyarah undang-undang tersebut memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor terlebih dahulu kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

Menurut Zulkifli, tindakan itu dibuat selepas mendapat maklum balas rakyat bahawa tindakan Dr Abdul Aziz Bari bersifat kurang ajar dan biadab. Juga, mendesak Dr Abdul Aziz Bari meletak jawatan kerana bercanggah dengan kedudukan profesion dia sebagai seorang pensyarah.


Debat itu nanti sekiranya dilaksanakan akan dijadikan platform untuk mendedahkan siapa sebenarnya Dr Abdul Aziz Bari; dengan siapa pensyarah itu rapat pada era 70-an; siapa yang tolong menerbitkan buku tulisannya dan apa peranan dia dalam Kerajaan Selangor.

Justeru, suka untuk menarik perhatian Zulkifli Noordin supaya tidak perlu menunggu debat itu sekiranya tidak berlaku sebaliknya terus mendedahkan siapa Dr Abdul Aziz Bari supaya rakyat tidak terkeliru dengan profesionnya sebagai pensyarah.

Umum mengetahui rakyat Malaysia kini sangat hormat kepada seseorang yang mempunyai gelaran Dr. sama ada falsafah mahupun kedoktoran.

Selama ini tidak ramai rakyat mengenali siapa Abdul Aziz yang sebenarnya kerana beliau bijak menyembunyikan identiti di sebalik jubah selaku pensyarah undang-undang UIAM.

1 komen:

  1. SALAM BRO. YOU DI KL KINEK TOK KH?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger