Wednesday, November 9, 2011

ALIH PERHATIAN PECAT PENJAWAT AWAM, KERAJAAN SELANGOR JANJI GAJI MINIMUM RM1,500



Satu lagi pembohongan Kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Pembangkang apabila berjanji akan membayar gaji minimum kepada penjawat awam di Selangor pada kadar RM1,500 sebulan bermula tahun depan. Tindakan itu menurut Khalid Ibrahim sebagai mendahului kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum.

Bagaimanapun, tidak semua penjawat awam di Selangor akan menerima ganjaran ini. Ianya akan dimulakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan Kerajaan Selangor. Antara jabatan dan agensi yang menjai perintis kepada pemberian gaji permulaan di atas RM1,500 ini termasuklah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.


Melihat kepada tindakan terbaru Pakatan Pembangkang di Selangor, ramai penjawat awam di Selangor beranggapan bahawa pemberian gaji permulaan di atas RM1,500 adalah sebagai gula-gula politik menjelang PRU-13 akan datang. Malah, ia tidak sedikitpun menggambarkan pemberian gaji itu sebagai mengotakan janji gaji minimum. Sebaliknya, jika benar ia bertujuan membasmi kemiskinan, kenapa tidak dilaksanakan secara serentak dan bersama?

Ternyata ini satu lagi helah Pakatan Pembangkang dalam usaha menutup kesilapan yang dibuat rakan seperjuangan mereka dalam DAP. Malah, gesaan dan desakan rakyat supaya pemberhentian kakitangan awam hendaklah dilakukan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang tidak sanggup dilakukan. Kenapa perlu menunggu sehingga PRU-13 dan tidak dilakukan sekarang di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang jika benar bilangan penjawat awam ini akan menyebabkan kos perkhidmatan di Malaysia meningkat dan menyebabkan negara kurang pendapatan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger