Wednesday, November 9, 2011

ANWAR IBRAHIM SIFATKAN GOLONGAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL, DAN TRANSEKSUAL GOLONGAN ISTIMEWA



Selepas hampir seminggu membisu dalam isu penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, akhirnya Anwar Ibrahim bersuara selepas S. Ambiga memberikan keterangannya kepada polis. Kenyataan ini sengaja dirancang bagi memberikan ruang seluas-luasnya kepada S. Ambiga untuk memberikan keterangan kepada pihak polis sebelum beliau memberikan pandangan bagi pihak PKR.

Petang Isnin lalu, S. Ambiga selepas memberikan kenyataan kepada polis telah mengecam pihak media di atas publisiti meluas yang melampau sehingga membuatkan rakyat memandang serong terhadap program Seksualiti Merdeka atau lebih mudah dikenali sebagai seks bebas atau seks songsang. Malah, S. Ambiga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan menjadi punca kepada pembatalan program itu yang dijadualkan bermula 2 November lepas dan dijangka dirasmikan S. Ambiga pada 12 November akan datang.


Susulan daripada kenyataan S. Ambiga petang Isnin lepas, Anwar Ibrahim mewakili PKR memaklumkan mempertahankan hak kumpulan penganjur dan penyokong program kontroversi itu. Anwar Ibrahim juga juga turut membidas kumpulan yang bangkit membantah program tersebut dengan menyifatkan mereka menghina pengajur dan individu golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Golongan LGBT ini perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya memandangkan mereka juga mempunyai hak asasi dalam melakukan perkara itu. Sewajarnya rakyat tidak boleh menghukum mereka hanya kerana perbuatan mereka itu tidak disukai rakyat. Hakikatnya, mereka ini manusia yang teristimewa.

Bagi pihak PKR, tindakan polis mengharamkan penganjuran program Seksualiti Merdeka dilihat suatu cubaan untuk menafikan hak golongan LGBT yang juga menjadi penyumbang kepada KDNK negara. Sebagai penyumbang kepada ekonomi negara, sewajarnya mereka ini diberikan keistimewaan selaras dengan keistimewaan yang ada pada mereka. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger