Wednesday, November 9, 2011

ANWAR IBRAHIM SIFATKAN TINDAKAN MEMANGGIL S. AMBIGA BERI KETERANGAN SAMA SEPERTI PENJENAYAH



Anwar Ibrahim mempersoal tindakan polis memanggil S.Ambiga untuk memberi keterangan berhubung penganjuran program itu petang semalam. Kenapa perlu memaksa S. Ambiga memberikan kenyataan seperti penjenayah? Sokong ataupun tidak bukan lagi isu, tapi isunya ialah serangan kepada golongan berkenaan,” ujar Anwar menjawab soalan media di Lobi Parlimen.

Beliau mengumumkan bahawa PKR tidak menyokong program Seksualiti Merdeka 2011 setelah sekian lama membisu. Begitupun, jawapan itu hanya bersifat politik memandangkan kenyataan beliau akan memakan dirinya yang kini sedang dalam perbicaraan akhir kes liwatnya.


Beliau juga tidak setuju dengan beberapa pihak yang hanya pandai mengkritik, tetapi tidak mahu melakukan sesuatu. Jika program ini melibatkan orang yang beragama Islam, pihak berkuasa agama perlu dekati dan beri nasihat kepada mereka bukan membantah seperti itu.

Sebelum ini polis mengharamkan semua aktiviti dalam program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa dianjurkan bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang termasuk yang diadakan secara tertutup berikutan bantahan pelbagai pihak.

1 komen:

  1. wah... anak Tun Mahathir (Marina) pun sokong program Seksualiti Merdeka 2011...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger