Thursday, November 3, 2011

DAP BELUM MUKTAMADKAN CALON MENTERI BESAR PERAK JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MENANG PRU-13



Jika dahulu jangka hayat pemerintahan Pakatan Pembangkang di Perak hanya dapat bertahan selama 6 bulan berikutan kemelut yang melanda pemimpin Pakatan Pembangkang sehingga wujud ketidaksefahaman dalam parti. Akibatnya, seramai 3 orang wakil rakyat DUN daripada DAP dan PKR yang bertindak keluar parti dan mengisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN.

Kesannya cukup dahsyat sehingga mengheret mahkamah untuk campurtangan berdasarkan undang-undang tubuh negeri Perak. Akhirnya, keputusan mahkamah memihak kepada BN berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Akibatnya, kerajaan Perak bertukar wajah dengan menendang Pakatan Pembangkang dan mengembalikan pemerintahan kepada BN.

Pertelingkahan dalam memilih Menteri Besar Perak pada 2008 sebaik mengetahui kemenangan Pakatan Pembangkang juga mengundang konflik yang tiada kesudahan. Sewajanya mengikut peruntukan kerusi, wakil rakyat DAP sepatutnya menjadi Menteri Besar disebabkan kemenangan bergaya mengalahkan BN berbanding PKR dan PAS. Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham sepatutnya menjadi Menteri Besar mengikuti hierarki parti.

PAS yang hanya menang beberapa kerusi malah lebih sedikit berbanding PKR selayaknya tidak berpeluang untuk menjadi Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, pemimpin DAP yang kesemuanya merupakan terdiri daripada kaum Cina telah membuatkan ia tidak memenuhi syarat. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Menteri Besar mestilah terdiri daripada pemimpin berketurunan Melayu. Malah, pemimpin PKR langsung tidak berkelayakan seperti mana yang dimaklumkan pemimpin DAP yang menguasai kerusi DUN Perak. Akhirnya kata sepakat dicapai setelah dipersetujui DAP yang memilih Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dari PAS.

Atas sebab itu, Nizar Jamaluddin seorang pemimpin PAS yang hipokrit telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak. Sepanjang pentadbirannya, banyak keputusan yang dibuatnya tidak memenuhi keperluan rakyat sehingga membuatkan pemimpin BN yang ketika itu bertindak sebagai pembangkang bermati-matian menjalankan tanggungjawabnya sebagai pembangkang. Akhirnya, melalui tragedi yang menimpa Pakatan Pembangkang telah membuatkan BN mengambilalih pemerintahan dengan penuh tragik.

Tetapi, menjelang PRU-13 akan datang, sekiranya Perak jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang, DAP yang mempunyai majoriti kerusi DUN Perak masih belum mengemukakan cadangan untuk jawatan Menteri Besar Perak. Jika, ini berlaku berkemungkinan besar nama Nizar Jamaludin tidak akan menjadi Menteri Besar Perak sepertimana yang pernah disandangnya pada tahun 2008. Sebaliknya, DAP akan berusaha untuk melantik wakil DAP sebagai Menteri Besar apabila cadangan mereka mengetengahkan calon Melayu yang mewakili DAP. Justeru, ketika ini DAP hanya membiarkan Nizar Jamaludin bermimpi dan berangan-angan untuk kembali ke jawatan Menteri Besar Perak.

Menurut sumber, calon Melayu itu sudahpun dikenal pasti cuma DAP merasakan terlalu awal untuk diumum kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak senang terutama dikalangan komponen PR seperti PAS dan PKR.

Selain Nizar Jamaludin, calon lain yang perlu diberikan perhatian ialah Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN). Muhamad Nur adalah bekas Presiden ABIM serta pernah memegang jawatan penting di UIA sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan BN.


Beliau dilihat rapat dengan Anwar berbanding beberapa nama calon yang disebut-sebut sebelum ini. Sebagai calon dilihat berada dalam inner circle Anwar, Muhamad Nur dicongak ada kelebihan dari segi ini.

Walaupun kenyataan Muhammad Nur dilihat tidak sealiran dengan Pengerusi DAP negeri, Dato’ Ngeh Koo Ham yang mahukan Nizar dilantik MB Perak kelak, pemerhati politik melihat kenyataan DAP itu mengandungi maksud yang tersirat.

Sememangnya DAP sentiasa mempunyai maksud tersirat seperti yang selalu dilakukan Karpal Singh dan Lim Kit Siang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger