Thursday, November 3, 2011

DAP KURANGKAN KAKITANGAN AWAN SEKIRANYA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH



Sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU-13 akan datang dan berjaya memerintah Malaysia, perkara pertama yang akan dilakukan Pakatan Pembangkang ialah mengurangkan bilangan kakitangan awam.

Menurut Setiausaha DAP, Tony Pua Kiam Wee berkata perkara itu merupakan langkah pertama yang akan dibuat Pakatan Pembangkang dalam usaha mengurangkan perbelanjaan negara.

“Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” dibuat bertujuan untuk mengurangkan kakitangan awam di Malaysia yang disifatkan Pakatan Pembangkang sebagai pembaziran wang rakyat.

Walaupun langkah itu dijangka akan mendapat bantahan daripada kakitangan awam namun sebagai bakal kerajaan, Pakatan Pembangkang mempunyai kuasa veto dan kakitangan awam terpaksa menerimanya.

Dalam pada itu, tegas Tony Phua Pakatan Pembangkang tidak akan mengambil lepasan pelajar university untuk diserapkan ke dalam perkhidmatan awam seperti yang diamalkan kerajaan BN sekarang. Langkah ini katanya tidak praktikl kerana kebanyakan lepasan pelajar universiti tidak berpengalaman dan boleh menyebabkan mutu perkhidmatan awam merudum.

Tindakan Pakatan Pembangkang yang menutup pintu kepada pelajar lepasan universiti untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dilihat suatu tindakan yang melanggar hak asasi manusia. Ini kerana, sebagai warganegara Malaysia, mereka berhak menerima pekerjaan di sektor perkhidmatan awam dan bukannya disisihkan.

Di samping itu, Pakatan Pembangkang juga akan menggalakkan kakitangan awam yang berusia dan sudah lengkaui umur persaraan untuk berhenti bekerja. Ini katanya pada umur itu, produktiviti kerja yang dibuat tidak lagi berkualiti. Kaedah ini diambil seperti mana yang dilakukan Kerajaan China.

Kakitangan awam yang diberhentikan akan diberikan pampasan separuh gaji supaya rakyat dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan kos membayar gaji kakitangan.

Mengikut Tony Pua, kakitangan awam di Malaysia kini berjumlah 1.3 juta orang dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Malaysia berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea yang mana bilangan kakitangannya hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

Tony Pua menjelaskan strategi Pakatan Pembangkang semasa menghadiri seminar bertajuk “Ke mana perginya wang titik peluh kita?” Beranikah diri untuk bentangkan Bajet 2012” yang dianjurkan Pemuda DAP Johor.

1 komen:

  1. MEME DICK TATOR LA BANGSAT CINA NI...

    STAFF KERAJAAN TAKNAK TAKBIR KA???

    HEHEHE....PADAN MUKA...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger