Tuesday, November 15, 2011

DAP SARAWAK JADIKAN PPSMI SEBAGAI AGENDA POLITIK



Dahulu bantah malah kononnya PPSMI itu menghapuskan bahasa ibunda mereka khususnya kaum Cina. Namun, disebabkan kurangnya sokongan rakyat terhadap Pakatan Pembangkang, DAP telah menjadikan PPSMI sebagai agenda politik dalam menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka.

Umum mengetahui, kebanyakan kaum Cina di Malaysia lebih gemar anaknya mempelajari mata pelajaran dalam pendidikan di Malaysia dengan menggunakan bahasa ibunda mereka atau bahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia. Menurut mereka pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran dalam pendidikan menggunakan bahasa Malaysia sebagai terkebelakang.

Terbaru, usaha DAP Sarawak mahu kajian semula PPSMI dilakukan telah dibawa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak oleh Pengerusinya, Wong Ho Leng. Bagaimanapun, Speaker DUN Sarawak menolak usul itu kerana ia sudah diputuskan di Dewan Rakyat dan ia tidak boleh dibawa ke Persidangan DUN Sarawak.

Umum mengetahui, kerajaan telah mengambil keputusan bahawa PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat sehingga tahun 2016. Bagaimanapun, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran tidak menyekat mana-mana sekolah yang mahu mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Ternyata, tindakan DAP itu berkaitan PPSMI hanyalah bersifat politik dan bukannya ikhlas dalam meningkatkan system pendidikan negara. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger