Monday, November 21, 2011

ISU RM100: PENGETUA INGKAR ARAHAN TIMBALAN MENTERI PERLU DIAMBIL TINDAKAN



Pengetua mahupun guru yang mengingkari arahan menteri dalam pemberian RM100 kepada pelajar sekolah seperti yang termaktub dalam pembentangan Belanjawan 2012 harus dikenakan tindakan yang setimbal dengan ego dan kedegilan mereka. Sebilangan mereka ini yang dianggap degil dan hanya bersandarkan kepada kegilangan nama dan jawatan harus dikenakan tatatertib yang sewjarnya. Disebabkan mereka ini, nama kerajaan yang ternyata prihatin dengan keperluan rakyat telah dicemari dengan insiden sebegini.

Apakah pengetua dan guru yang terjebak dalam isu ini mempunyai agenda untuk memburukkan kerajaan yang selama ini membayar gaji mereka?

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dalam mengulas sekolah yang berdegil memotong wang bantuan khas RM100 yang diberikan kepada ibu bapa pelajar untuk membeli kelengkapan persekolahan bakal dikenakan tindakan tegas harus dilaksanakan dengan segera dan tidak hanya mengancam dengan amaran sahaja. Perbuatan sebilangan menteri yang hanya memberikan amaran dan tidak pula berani melaksanakan amaran telah berjaya meningkatkan perbuatan salah guna kuasa.


“Sekolah yang gagal mematuhi arahan itu bukan saja diberi amaran, malah tindakan tegas akan diambil terhadap guru besar dan pengetua sekolah terbabit”.

Persoalan di sini, kenapa pengetua dan guru masih degil memotong wang yang sepatutnya diberikan kepada rakyat sedangkan pekeliling telah dikeluarkan? Pekeliling yang diedarkan kepada sekolah secara jelas menyatakan wang berkenaan hanya untuk meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak untuk sesi persekolahan akan datang.

“Tatacara pembahagian wang bantuan persekolahan RM100 ini sudah dikeluarkan dan pihak sekolah perlu ikut arahan dikeluarkan kementerian”.

Isu ini timbul apabila bapa seorang pelajar Azman Salleh, 38, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian. Tindakan seumpama ini tidak wajar dan bukan cara terbaik meminta pelajar menyelesaikan sebarang bayaran tertunggak.

Kerajaan selama ini mengiktiraf pengetua dan guru sebagai pendidik dan mengakui tugas guru adalah istimewa. Namun, disebabkan isu ini telah mencemar profesion guru.

Justeru, pengetua dan guru sekolah janganlah menganiaya pelajar sekolah dan keluarga yang ternyata mereka mempunyai hak ke atas wang itu. Jangan hanya kerana wang, rakyat terus membenci kerajaan sedangkan apa yang kerajaan buat selama ini adalah untuk keperluan rakyat. 

2 komen:

  1. orang macam ni tak layak digelar guru atau pengetua..orang yang x dengar arahan..
    tukar je ke tempat lain....

    ReplyDelete
  2. tukar je ngajar di kandang rimau atau singa biar padan muka..tak faham bahasa..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger