Wednesday, November 2, 2011

JENAYAH POLITIK PEMBANGKANG BERMOTIFKAN PERKAUMAN



Andai ini zaman komunis, jika berlaku pemberontakan atau melibatkan jenayah pastinya tidak teragak-agak pasukan keselamatan akan memeranginya dengan habis-habisan. Namun, jenayah kini tidak lagi seperti zaman komunis malah lebih licik daripada itu dengan mempermainkan sentimen perkauman dan agama. Yang menariknya, penjenayah itu terdiri daripada mereka yang hanya melihat kepentingan politik diutamakan walaupun hakikatnya apa yang mereka buat ternyata palsu dan bohong.

Impak daripada sikap tidak bertanggungjawab itu lebih banyak mendorong kepada berlakunya kesan negatif kepada negara. Trend sesetengah pihak yang cuba memainkan isu sensitif seperti agama dan kaum pada masa ini harus diberi perhatian serius dalam memastikan keamanan negara.

Kalau dulu, tidak pernah kita dengar isu azan dan sebagainya, sekarang ini ditimbulkan bagaikan cendawan tumbuh. Malah, terdapat pihak-pihak tertentu hendak mengubah sistem pemerintahan raja berperlembagaan kepada republik, meruntuhkan institusi negara seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebagainya.

Justeru, jenayah kini tidak hanya melibatkan kegiatan seperti merompak, mencuri, merogol, meliwat dan rasuah, sebaliknya juga melibatkan fitnah, memainkan isu sensatif agama dan kaum. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger