Tuesday, November 29, 2011

KELUAR DEWAN TANDA SIKAP PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK MATANG



Ketika Dewan Rakyat sedang bersidang bagi membahas dan meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, pemimpin Pakatan Pembangkang sekali lagi berdrama apabila bertindak keluar dewan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Undang-Undang Perhimpunan Aman. Sikap pemimpin Pakatan Pembangkang ini disifatkan sebagai tidak matang dan tidak mencerminkan sebagai wakil rakyat.

Apapun sikap pemimpin Pakatan Pembangkang, akhirnya Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telah berjaya diluluskan Dewan Rakyat dengan sebulat suara.

Dalam pada itu, pemimpin Pakatan Pembangkang tidak berpuas hati dengan keputusan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. Sebaliknya, mereka mahu setiap Ahli Parlimen berbahas berkenaan Undang-Undang Perhimpunan Aman. Jika perkara ini diambil kira, perbahasan Undang-Undang Perhimpunan Aman akan mengambil masa yang panjang dan berkemungkinan juga berlaku kekecohan yang berpanjang seperti yang berlaku pada hari ini. Semuanya ini adalah angkara perbuatan Majlis Peguam yang ternyata memihak kepada Pakatan Pembangkang.

Mengikut perkiraan Malaysiakini yang mengadakan lintas lansung daripada pihak Pakatan Pembangkang, kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan.

Bagaimanapun, tindakan Majlis Peguam yang menghasut rakyat bagi mengadakan demontrasi di jalan masuk ke Parlimen dilihat secara jelas pertubuhan bukan kerajaan itu mahukan kuasa. Mereka ini seumpama pertubuhan yang gemarkan kekacauan dan menghuru-harakan negara. 

1 komen:

  1. pembangkang dah takut dengan undang-undang telah lulus....buat apa nak tarik balik...takut kah?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger