Tuesday, November 15, 2011

KHALID IBRAHIM GELISAH CABANG PKR DI SELANGOR DIBUBARKAN



PKR Selangor dikejutkan dengan pembubaran Cabang PKR Petaling Jaya Selatan berikutan tindakan Naib Ketua Cabang itu, Suhaimi Saari serta 10 AJK cabang itu bersama 180 orang ahli dari 17 ranting telah bertindak keluar parti.

Keputusan keluar parti dan pembubaran cabang telah merebak ke Selangor selepas Sarawak, Johor dan Melaka. Alasan yang diberikan mereka sama sahaja seolah-olah PKR dan Pakatan Pembangkang tidak membuat kerja selepas PRU 2008. Mereka dilihat hanya mahu memperjuangkan kepentingan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Demikian juga, alasan mereka bahawa tidak mahu lagi bersubahat untuk menipu rakyat yang selama ini banyak mengharapkan perubahan yang hendak dibawa Pakatan Pembangkang. Setelah tertarik dengan perkataan ‘perubahan’ yang dibawa Anwar Ibrahim, sehingga kini ‘perubahan’ yng hendak dibawa itu tiada kelihatan. Bahkan saban hari berita mengenai memburukan pemimpin BN sahaja yang kedengaran daripada mulut pemimpin Pakatan Pembangkang. Walhal kerja mereka selepas memenangi PRU 2008 adalah untuk mewakili rakyat dan mentadbir negara supaya menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Ternyata, pilihan rakyat Selangor pada PRU 2008 telah menikam diri mereka dan hanya menyeksakan diri dengan janji-janji kosong. 

3 komen:

  1. ikut hati.mati....ikut rasa, binasa....hahaha..rasakan...

    ReplyDelete
  2. PEMBOHONG HAYA BELIAU SEORANG SAJA...;PENIPU BESAR.....

    ReplyDelete
  3. SAYA DIAJAK KESANA UNTUK MOTIVASI BELIA...DAN KAMI TELAH DITIPU..BELIA TELAH MENYURUH BELIA PKR DAN PAS MENCARI PESERTA UNTUK MOTIVASI TETAPI BELIAU MENGGUNAKANNYA UNTUK POKET BELIAU...UMNO JUGA TERTIPU..PROGRAM YANG DIANJURKAN NGO JASA.....TALIBARUT UMNO..PARTI PALING BUSUK INI YANG MENELAN BELANJA HAMPIR 50 RIBU HANYA SEORANG SAJA YG MASUK UMNO...KAU TAK SELAMAT SHUHAIMI...DUNIA DAN AKHIRAT..PEMBOHONG BESAR...BODOHNYA...UMNO...MEMANG BODOH

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger