Friday, November 11, 2011

LAGI AHLI-AHLI PKR SARAWAK KELUAR PARTI



PKR Sarawak dikejutkan dengan keputusan ahli-ahli PKR Sarawak Cabang Hulu Rajang keluar parti atas dasar hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan PKR Negeri di bawah kepimpinan Baru Bian dan pimpinan PKR Pusat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim. Mereka juga hilang keyakinan dan kepercayaan Baginda Minda, Timbalan Ketua Cabang PKR Hulu Rajang.

Lamau Jenggut yang mengetuai kumpulan tersebut mengambil keputusan itu setelah sekian lama dinaungi PKR yang selama ini membohongi mereka. Sepanjang keahliannya dalam PKR yang juga terlibat dalam PRN Sarawak Ke-10 menyaksikan perjuangan PKR bukan untuk rakyat sebaliknya lebih kepada perjuangan kepentingan individu ahli politik. Selama ini rakyat banyak dibohongi PKR yang hanya berpura-pura membantu rakyat.

Kejutan yang dibuat Lamau Jenggut bagaimanapun tidak disenangi Baginda Minda dengan menyatakan kumpulan yang keluar PKR itu bukanlah ahli-ahli PKR sebaliknya hanya penyokong PKR sahaja. Kenyataan Baginda Minda itu disokong Setiausaha Agung PKR Negeri, Stanny Embat dengan menyatakan PKR sangat teliti dalam proses mendaftarkan ahli PKR.

Dakwaan Stanny Embat itu segera dinafikan Lamau Jenggut sambil mendakwa menjadi kelaziman pemimpin PKR yang sentiasa membohongi rakyat. Tidak mungkin namanya dan ramai ahli-ahli PKR yang keluar parti sedangkan semasa mendaftarkan keahlian di dalam borang telah disaksikan Baginda Minda.

Sememangnya mereka yang tidak tahu menahu akan proses keahlian PKR akan cepat percaya kepada dakwaan Baginda Minda dan Stannya Embat. Namun, bagi mereka yang mengetahuinya, percaya bahawa menjadi kelaziman pemimpin PKR bermain dengan persepsi bagi mengelirukan rakyat.

Setelah sekian lama dibohongi PKR, akhirnya Lamau Jenggut dan ahli-ahli PKR Cabang Hulu Rajang telah menerima hidayah dan menyertai PRS-BN. Kumpulan yang diketuai Lamau Jenggut itu telah menyerahkan borang menyertai PRS di kediaman Presiden PRS Tan Sri James Masing.

Ternyata semakin menghampiri PRU-13, PKR kian dihimpit oleh krisis kepercayaan yang kini menghantui ahli-ahlinya. Ini bukanlah suatu yang baru bahkan menjadi duri dalam daging bagi PKR untuk mengekalkan pengaruhnya yang semakin pudar dek kerana kerakusan pemimpinnya yang dinaungi Anwar Ibrahim. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger