Tuesday, November 1, 2011

LIM GUAN ENG MAIN TUDUH-TUDUH DAKWA BELIA BAJU-T KUNING DIDALANGI BN



Seperti kelaziman setiap kali demontrasi di Pulau Pinang, Lim Guan Eng menuduh BN menjadi dalang disebalik kejadian itu. Itulah dakwaan terbaru Lim Guan Eng yang menuduh BN mendalangi demontrasi belia baju-T di Pulau Pinang petang Isnin lalu.

Atas dakwaan itu, wakil rakyat BN di Pulau Pinang menyatakan kekesalan dengan dakwaan Lim Guan Eng kononnya UMNO terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya.

Dakwaan Lim Guan Eng itu adalah ibarat "cakap ikut suka hati" kerana Ketua Menteri itu tidak mempunyai sebarang bukti. Sebaliknya perarakan itu dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Lim Guan Eng berkata demikian dan kini "mula gentar apabila golongan mat rempit" juga  menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh UMNO kerana terdapat perkataan "LGE Rasis".

Sementara itu, seorang aktivitis sosial yang kecewa dengan Lim, bertindak berdiri dengan memegang kain rentang di depan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tindakan Hii Tiong Huat, 60, yang berdiri dengan memegang kain rentang bertulis 'Tolak YB terima dua gaji ADUN dan MP; YB perlu full time' menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Selain itu juga menggesa Lim Guan Eng dan beberapa ADUN yang juga menjadi Anggota Parlimen agar menumpukan tugas mereka sebagai ADUN dan tidak tamak dengan memegang jawatan berganda. Jangan tamak pegang sampai dua atau tiga jawatan dan pada  masa sama menikmati faedah serta gaji yang banyak sedangkan gagal berkhidmat dengan berkesan.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger