Sunday, November 13, 2011

MAT SABU SENGAJA CARI NAHAS DI JOHOR



Setelah banyak kali amaran diberikan supaya tidak datang ke Johor, akhirnya Mat Sabu telah menerima padah yang teramat sangat. Akibatnya kedatangan Mat Sabu di Pasit Gudang semalam telah menimbulkan pergaduhan dan ia amat dikesali. Rakyat Johor masih marah terhadap Mat Sabu berikutan kenyataannya yang membabi buta terhadap pengorbanan pasukan keselamatan sewaktu tragedi Bukit Kepong.

Rakyat Johor menolak Mat Sabu seperti mana mereka menolak Lim Guan Eng yang memcaci Johor sebagai sebuah negeri yang banyak jenayah. Mat Sabu juga apa kurangnya yang hanya bersandarkan kepentingan politik dan menyalahkan pasukan keselamatan sehingga mengangkat komunis sebagai wira.

Dalam kejadi malam tadi, kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Kekecohan malam tadi bagaimanapun dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

3 komen:

  1. Babi tonyok tak tau bahasa, tempat lain bolehlah buat suka hati. mat sabu ke johor dah diprogrem rakan sekelambu nak buat provokasi biarkan org2 dijohor buat kekecohan, nanti rombongan babiga pandikuty himpun bershit kat johor. dia peduli apa kerana lebai2 tolol tetap sokong apa lagi langau busuk mimang suka.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger