Monday, November 7, 2011

PAKATAN PEMBANGKANG TERDESAK PERLUKAN SOKONGAN KAUM INDIA



Di kalangan Pakatan Pembangkang, tiada satupun agenda yang mengetengahkan kaum India dalam perancangan mereka mengambilalih pentadbiran negara pada PRU-13 akan datang. Walau bagaimanapun, Pakatan Pembangkang tiada pilihan dan terpaksa juga memancing undi di kalangan kaum India dengan menawarkan pelbagai janji-janji kepada parti dan NGO’s yang mewakili kaum India.

Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) mendedahkan, pembangkang cuba memancing mereka untuk menyertai pakatan itu dengan menawarkan pelbagai jawatan kepada pucuk pimpinan parti.

Perkara itu telah disuarakan oleh Presidennya, M. Sambanthan bahawa sejak beberapa bulan lalu, pembangkang menawarkan tempat untuk bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, IPF tidak termakan dengan janji-janji Pakatan Pembangkang yang sedia maklum gemar berjanji, tetapi hanya manis di mulut sahaja.

"Ingin saya tegaskan bahawa kami bukanlah parti yang mengejar jawatan dan mudah dipergunakan untuk kepentingan politik”.

Presiden IPF, M. Sambanthan

Justeru, mereka tidak akan termakan dengan janji-janji Pakatan Pembangkang, sebaliknya mereka akan meneruskan prinsip perjuangan parti itu tanpa mengharapkan sebarang jawatan kerana ingin membela nasib kaum India walaupun mengakui perjuangan tersebut penuh berliku.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger