Saturday, November 5, 2011

PECAT KAKITANGAN AWAM CUBAAN HAPUSKAN PENGARUH ORANG MELAYU DI MALAYSIA



Pelan cadangan Pakatan Pembangkang yang dikemukakan Tony Pua, sekiranya memerintah akan membuang sebahagian besar kakitangan awam telah mendapat reaksi yang sangat negatif daripada seluruh rakyat Malaysia sama ada yang bekerja sebagai penjawat awam ataupun orang awam.

Atas tindak tanduk Setiausaha DAP itu, rakyat Malaysia mencabar Pakatan Pembangkang agar melaksanakannya dahulu di negeri-negeri pemerintahannya sebelum diperluaskan ke seluruh Malaysia tanpa menunggu kerajaan sedia ada bertukar.

Jika benar alasan yang dibentangkan Tony Pua itu bahawa pengambilan penjawat awam yang terlalu banyak telah meningkatkan perbelanjaan dan menyebabkan pembaziran seharusnya dipraktikan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Pembangkang bagi melihat keberkesanannya dan sebagai ujikaji jika alasan itu munasabah.

Daripada situ, kita akan melihat adakah alas an yang diberikan Tony Pua itu betul atau merosakkan negeri. Jika jawapannya merosakkan negeri, ini satu langkah yang salah dan pelan cadangan Pakatan Pembangkang itu dilihat akan menghancurkan Negara sekaligus membuatkan rakyat menjadi penganggur dan menderita.

Setiausaha Penerangan DAP itu diminta untuk tidak hanya bercakap, tetapi tidak menunaikan. Menjadi kebiasaan bagi DAP akan menimbulkan isu, tetapi tidak sesekali melaksanakannya diibarat menikam batu sorok tangan.

Tindakan DAP juga dilihat sebagai rasis apabila mengetahui kaum Melayu merupakan majoriti yang terlibat dalam sector perkhidmatan awam. Justeru, pengurangan kakitangan awam bertujuan mengurangkan penglibatan kaum Melayu dan sekaligus akan meningkatkan kekuasaan kaum Cina yang kini menguasai ekonomi.

Jika ini berlaku, kaum Melayu bukan sahaja tidak lagi berkuasa dalam sektor perkhidmatan malah akan merempat di bumi sendiri. 

1 komen:

  1. Ah Pua sepatutnya membuat gagasan penjawat awam dinaikkan gaji bulanan mereka 500% daripada yang ada sekarang sebagaimana di Singapura oleh PAP andainya PR memegang kuasa pemerintahan negara. Sebaliknya Ah Pua yang kita tidak hairan bersifat perkauman kental membuat usul sebaliknya kerana penjawat-penjawat awam dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia majoritinya adalah orang Melayu bukan kaum Cina seperti di Singapura.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger