Tuesday, November 22, 2011

PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG DISEBALIK KEBIADAPAN PENYOKONG INDONESIA TERHADAP KONTIJEN MALAYSIA DI SUKAN SEA



Di sebalik kejayaan kontijen Malaysia mengungguli beberapa sukan di Indonesia sehingga membolehkan Malaysia mengumpul lebih kurang 60 pingat emas, iaitu melepasi sasaran Majlis Sukan Negara termasuk ibu segala sukan, bola sepak yang mencipta kejayaan lebih manis apabila berjaya mempertahankan pingat emas dan mengalahkan tuan rumah Indonesia dalam pertarungan sengit di Stadium Bungkarno.

Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia atau lebih tepat lagi Harimau Muda mengalahkan pasukan Indonesia atau lebih dikenali Garuda telah berjaya menenggelamkan suara-suara sumbang dan tohmahan penyokong Indonesia ke atas Malaysia.Namun, pasukan Malaysia banyak menerima layanan buruk berbanding layanan yang sewajarnya daripada rakyat Indonesia.


Sepanjang berada di Indonesia bagi menyertai Sukan SEA XXVI, kontijen Malaysia telah menerima layanan buruk daripada rakyat Indonesia.Ini membuatkan kontijen Malaysia semakin bersemangat untuk mencipta kejayaan khususnya bagi memberikan pingat emas kepada Malaysia.

Namun, persoalan di sini, kenapa kontijen Malaysia sahaja yang menjadi sasaran cemuhan rakyat Indosnesia?Inilah yang bermain di fikiran atlet-atlet dan pegawai Malaysia di sepanjang menyertai Sukan SEA di Indonesia.

Setelah dikaji dan diselidiki, mengapa kontijen Malaysia menerima layanan kurang ajar daripada rakyat Indonesia, ianya ada kaitan dengan pemimpin Pakatan Pembangkang.Apakah benar sentimen kebencian datangnya daripada pemimpin Pakatan Pembangkang?

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Pembangkang lagak datang ke Indonesia bagi meraih sokongan pemimpin di Indonesia dan memburukkan nama pemimpin Malaysia khususnya pemimpin BN. Setiap kali datang ke Indonesia, pemimpin Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah akan memburukkan nama pemimpin BN dan kerajaan Malaysia.

Perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang yang kerap kali memburukkan nama Malaysia di Indonesia telah membakar dan menyemarak perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia. Inilah yang berlaku ke atas rakyat Malaysia di Indonesia.

Sepanjang Sukan SEA ini berlangsung, perasaan benci itu hanya ditujukan kepada kontinjen negara kerana pemimpin pembangkang dari Thailand, Vietnam mahu pun Singapura tidak pernah ke Indonesia secara berkala semata-mata kerana mahu memburukkan kerajaan dan negara sendiri demi kepentingan politik sempit.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger