Saturday, November 12, 2011

PROF ABDUL AZIZ BARI SUDAH LUPA KUASA SULTAN



Di Malaysia, Sultan menjadi ketua agama Islam di setiap negeri. Itulah yang terkandung dalam undang-undang negeri dan dipelajari sejak dari sekolah lagi. Namun, masih ada ‘pakar’ yang masih tidak tahu akan kuasa Sultan terhadap agama setelah lama bergelumbang dengan undang-undang sivil.

Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam agama Islam, selayaknya Sultan diberikan peranan yang lebih besar dalam jabatan dan majlis agama Islam di setiap negeri termasuk Selangor. Ini bagi menjaga kepentingan agama Islam yang kini semakin gemar diperlekehkan pemimpin politik pembangkang juga termasuk golongan profesional seperti pensyarah.

Sultan Selangor sebelum ini telah mengeluarkan titah untuk meluaskan kuasa sultan dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di Selangor bagi tujuan menjaga kepentingan agama Islam.

Atas dasar tanggungjawab, selaku Ketua Agama Islam Negeri ini, Beta bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran Agama Islam dalam Negeri ini berjalan dengan lancar dan berkesan seperti yang terkandung dalam titah baginda dalam surat bertarikh 11 Julai 2011.

Perlembagaan Persekutuan - Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan - dengan jelas menyatakan bahawa sultan boleh bertindak tanpa atau berlawanan dengan kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam dan adat Melayu.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger