Saturday, November 5, 2011

RAKYAT BANTAH PENGANJURAN PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA PEJABAT MAJLIS PEGUAM DISIMBAH CAT



Semenjak tersebarnya penganjuran program Seksualiti Merdeka dan mendapatkan tentangan hebat daripada rakyat Malaysia termasuk semua penganut agama di Malaysia, Majlis Peguam terus didesak menghentikan program itu.

Terbaru, polis telah mengklasifikasi program Seksualiti Merdeka sebagai haram dan polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjurnya sekiranya ia diadakan.

Bagi menyatakan bantahan kepada Majlis Peguam di atas penganjuran program yang haram bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia kecuali peguam-peguam yang menganggotai Majlis Peguam, rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam telah melakukan bantahan selepas sembahyang Jumaat.


Di samping itu, pejabat Majlis Peguam di Jalan Lebuh Pasar telah menerima tamparan hebat apabila disimbah cat berwarna merah bagi menyatakan bantahan terhadap program Seksualiti Merdeka. Ia dipercayai dilakukan pada pagi Jumaat.    

Seorang kakitangan Majlis Peguam telah mengesahkan kejadian itu berlaku. Bagaimanapun, sehingga artikel ini dikeluarkan tiada sebarang laporan polis dibuat. Tindakan ini bertujuan untuk menyembunyikan dari sebarang pengetahuan umum bahawa pejabat Majlis Peguam diserang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger