Monday, November 21, 2011

RAKYAT KELANTAN AKUI AIR KELANTAN KOTOR! APA TINDAKAN KERAJAAN KELANTAN?


Isu air di Kelantan bukanlah isu baru bahkan sudah berjela-jela tahun rakyat Kelantan mengharunginya dengan penuh sabar. Sudah berapa kali PRU diadakan dan setiap itu juga janji PAS dalam PRU sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun, sehingga hari ini, isu ini tidak juga selesai bahkan telah mengancam rakyat Kelantan dengan bermacam-macam penyakit.

Pendedahan Mingguan Utusan semalam yang memperkatakan rakyat Kelantan menggunakan air kotor sebagai sumber kehidupan seharian. Ini sangat memalukan memandangkan Kelantan diiktiraf sebagai “Kota Mekah” oleh PAS dan situasi ini telah menggugat keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan PAS.

Bersandarkan situasi itu, rakyat Kelantan sudah sekian lama kecewa dengan isu air bersih yang gagal disediakan kerajaan PAS Kelantan. Bukan sahaja kecewa, malah kerajaan PAS Kelantan dianggap sebagai sangat tidak bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya terhadap kebajikan rakyat Kelantan.


Pendedahan Laporan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan juga mengesahkan bekalan air yang diminum rakyat Kelantan selama ini memudaratkan kesihatan. Kemunculan penyakit yang dihadapi rakyat Kelantan seperti wabak kepialu dan taun juga kini menghantui rakyat Kelantan ekoran kurang kualiti air bersih dan terawat.

Seperti biasa, kenyataan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) anak syarikat Kerajaan PAS Kelantan yang bertanggungjawab terhadap air di Kelantan memandang sinis Laporan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan dengan mendakwa kemunculan bakteria dan logam berbbahaya dalam air adalah sesuatu yang lumrah dan tidak hanya berlaku di Kelantan.

Isu air kotor telah mendapat reaksi daripada rakyat Kelantan yang rata-ratanya kecewa dengan pemerintah kerajaan negeri yang secara terang gagal dalam mentadbir Kelantan. Sepatutnya kerajaan negeri mengambil berat tentang kebajikan dan keperluan rakyat dan bukannya mahu membunuh rakyat dengan pelbagai penyakit.

Selama ini kenyataan AKSB bahawa bekalan air di Kelantan kotor hanya seketika ternyata bohong malah juga diganggu dengan tekanan air yang rendah dan dicemari dengan kuman. Pendedahan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia (PIAM) 2011 mengenai Kelantan yang menduduki rangking paling bawah daripada negeri-negeri di Malaysia.

Apa pun, kini rakyat Kelantan telah sedar akan nasib yang menimba mereka sepanjang di bawah pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan yang selama ini dianggap tidak membuat kerja dan lebih mementingkan politik keagamaan mereka sahaja. 

1 komen:

  1. MOHON LINK TUAN,
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger