Sunday, November 13, 2011

S. AMBIGA DIBELASAH PENGERUSI JAWATANKUASA TERPILIH PARLIMEN



Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili secara sedar dan bersahaja bersahaja 'membelasah' S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu. Jika S. Ambiga berasakan dirinya mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa ternyata beliau silap. Ini kerana Bersih itu sebuah pertubuhan haram dan tidak bersih kerana bukan pertubuhan berdaftar.

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia beliau diberi hak dan peluang secara peribadi, tetapi bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

Mengulas mengenai tindakan itu, Maximus menyatakan beliau sesekali kepada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih.

Ini bagi menjawab tuduhan S. Ambiga bahawa kerajaan tidak perlu perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Sebelum ini Azmin Ali mempersoalkan kenapa Bersih itu tidak diberi ruang dan peluang untuk mengikut perjalanan persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Adalah menjadi ketetapan seperti yang disarankan sebelum ini bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

Oleh itu, mengikut ketetapan, Bersih tidak berdaftar dan tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi S. Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger