Friday, November 4, 2011

S. AMBIGA MAHU CEMARKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM



Umat Islam diminta untuk terlibat dalam menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan seks bebas, disifatkan sebagai syirik kepada Allah.

Penganjuran program Seksualiti Merdeka yang diadakan pada November ini yang dinaungi beberapa NGO’s termasuk Majlis Peguam, SUARAM dan banyak lagi bukanlah untuk menegakkan hak asasi golongan ini sebaliknya bertujuan untuk mencemarkan kesucian Islam.

Kegagalan perhimpunan haram BERSIH 2.0 Julai lepas yang juga dinaungi S. Ambiga, Majlis Peguam dan beberapa NGO’s lain telah menyemarakkan lagi idea mereka untuk mecemarkan kesucian Islam.

Pada perhimpunan haram BERSIH 2.0, Pengerusinya, S. Ambiga mengharapkan agar lebih ramai anak-anak Melayu dan Islam untuk keluar melancarkan operasi bagi menghuru-harakan negara. Golongan seperti S. Ambiga ini tahu bahawa suara orang Melayu lebih kuat dan berharga berbanding suara kaumnya sendiri dan orang Cina.

Sehubungan itu, umat Islam sama sekali dilarang menyertai program seumpama itu. Islam telah mengharamkan hubungan sejenis, sehubungan itu mana-mana pihak yang mahu menghalalkan perkara yang telah diharamkan di sisi agama adalah dikira murtad.

Justeru, kerajaan harus bertindak lebih tegas termasuk mengenakan tindakan ke atas pihak penganjur sekiranya mereka masih mahu meneruskan program yang mempromosikan amalan lesbian, homoseksual dan transeksual itu.

Dalam pada itu, secara jelas penganjuran dan perlaksanaan yang menghahlalkan perkara yang haram adalah bertentangan agama Islam termasuk agama lain. Kalau sekiranya ada orang Islam yang menyokong, maka hukumnya syirik dan boleh dikira murtad kerana Islam telah mengharamkan hubungan sejenis.

Harussani berkata, golongan belia dibimbangi mengalami keruntuhan akhlak yang lebih teruk sekiranya program seumpama itu dibenarkan untuk dianjurkan di negara ini.

Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia perlu merujuk kepada Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang menyebut bahawa setiap maklumat tidak boleh disalahguna sehingga boleh melemahkan secara diam nilai moral dan etika atau menghancurkan masyarakat serta melemahkan imannya.

2 komen:

  1. Tunggu Komen Pelajar dari Mesir yg sokong Bersih Tempoh hari....Silakan

    ReplyDelete
  2. Sedih rasa pihak kafir harbi boleh bebas sebegini di Malaysia yg pasti ugama rasmi kita adalah Islam..Persoalannya dimanakah silapnya...Sy nak komen sikap pemimpin kita yg terlalu menjaga bangsa lain sehingga tidak langsung menghormati dan berani memperlekehkan islam dan org Melayu kita.
    Para ilmuan dan cerdik pandai islam, contoh Mufti Perak yg hanya pandai judge Murtad shj kpd yg terlibat,mcm org x sekolah punya jwp..Ini kah tahap Mufti? setakat nak judge camtu aku pun boleh jadi mufti..Sepatutnya berfikirlah jln keluar, jln nak mengatasinya..dimana silapnya...jgn makan gaji buta. Kalau pemimpin puncanya..tegurlah..semua cari jln short cut..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger