Thursday, November 17, 2011

KATAKAN TIDAK KEPADA DAKWAT KEKAL



Secara jelas bahawa tuntutan Pakatan Pembangkang yang beriya-iya mendesak SPR menggunakan dakwat kekal adalah mencetuskan huru hara di hari pengundian dijalankan pada PRU-13 kelak. Bagaimana mereka akan mencetuskan perkara huru-hara ini?

Mereka akan memanipulasi keadaan di mana jentera Pakatan Pembangkang yang telah dilatih dalam menghilangkan dakwat kekal akan menjalankan tugas menghilangkan dakwat yang ditanda di jari pada pengundi yang telah selesai bagi membolehkan pengundian dijalankan sebanyak 2 mahupun 3 kali dalam satu-satu masa.

Pakatan Pembangkang dijangka akan banyak memperoleh keuntungan besar hasil daripada penggunaan dakwat kekal sekiranya dilaksanakan. Manakala, SPR akan beroleh kerugian ekoran desakan sehingga memaksa SPR memenuhi tuntutan mereka.

Dalam keadaan terdesak, Pakatan Pembangkang akan menyediakan satu kumpulan khas yang akan melakukan rusuhan di setiap lokasi bagi memberikan tekanan kepada pihak SPR untuk membatalkan pilihan raya walaupun selepas keputusan pengundian diperolehi. Itulah taktik dan strategi yang akan dipergunakan Pakatan Pembangkang apabila dakwat kekal ini digunakan dalam pilihan raya nanti.


Indelible Ink – digunakan untuk membuktikan orang itu sudah pun mengundi, tetapi tidak mengesahkan pengenalan orang itu.

Biometrik – pula digunakan untuk mengesahkan identiti individu untuk mengundi dan seterusnya direkodkan individu tersebut telah mengundi.

Oleh yang demikian, yang mana lebih praktikal untuk digunakan pada PRU-13 pilihan anda?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger