Wednesday, November 2, 2011

SELEPAS ROSMAH, ANAK NAJIB PULA JADI MANGSA FITNAH PKR



Setelah kantoi dalam isu untuk fitnah dakwa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin berharga RM24 juta, pembangkang terus bermain dengan dosa apabila mereka ‘cerita’ bahawa anak perempuan Najib telah berbelanja besar sebanya RM200,000.000 di Australia semasa bapanya menghadiri Persidangan Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) minggu lalu.

Tanpa mendapatkan kesahihan berita itu, blog-blog pembangkang tidak pandang kiri kanan lagi dan main rempuh saja bila tersebar satu keratan akhbar Australia, WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD 60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah).yang melaporkan dipercayai anak perempuan Perdana Menteri berbelanja sakan sampai dekat RM200,000 di sebuah pusat beli belah terkemuka di Perth.

Sekalipun kesahihan berita itu yang disiarkan dalam akhbar The Western Australian itu belum dapat disahkan, puak-puak pembangkang termasuk calon yang kalah dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) sudah menghentam Perdana Menteri seolah berita itu benar dah sahih.

Apakah betul anak perempuan Najib ada mengikuti bapa dan ibunya ke sidang CHOGM di Perth? Berdasarkan sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri  memberitahu petang Isnin tidak ada seorang pun anak Perdana Menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

Memang tidak ada... baik anak lelaki atau perempuan Perdana Menteri yang ikut ke Perth... ini penipuan dan fitnah serta bukti ada laporan akhbar negara itu tidak boleh dipercayai.

Setelah tidak berjaya mengecam dan mencari titik kelemahan Najib dan ternyata silap membaca untuk memburukkan nama Rosmah, kini Pembangkang menyerang nama baik anak perempuan Najib dan Rosmah yang tidak ada kena mengena dengan politik.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger