Wednesday, November 16, 2011

SIDANG MEDIA PAKATAN PEMBANGKANG DI PARLIMEN HANYA MAHUKAN PUBLISITI



Persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung dan hanya akan berakhir pada minggu pertama Disember telah dilangsungkan dengan begitu padat sekali sehingga mencetuskan tekanan kepada petugas media. Ini berikutan waktu persidangan yang bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam, suatu perjalanan yang cukup panjang dan memenatkan.

Di sebalik perjalanan sidang Dewan Rakyat yang terlalu panjang, pemimpin Pakatan Pembangkang pula dengan kerenahnya yang terlalu kerap mengadakan sidang media sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Hampir setiap hari kebiasaannya pemimpin Pakatan Pembangkang mengadakan sidang media atas tiket Pakatan Pembangkang atau DAP, PKR dan PAS.

Malah, sidang akhbar itu dihadiri pemimpin Pakatan Pembangkang yang silih berganti. Tujuannya sangat mudah, iaitu secara jelas memanipulasi ruang sidang media di lobi parlimen sebagai strategi meraih publisiti dengan menimbulkan pelbagai isu dari yang kecil hingga besar. Malah, tidak keterlaluan pemimpin Pakatan Pembangkang akan menjemput dan membawa orang luar ke perkarangan Parlimen bagi menyertai mereka dalam sidang akhbar. Ini secara jelas telah menyalahgunakan Parlimen demi menjayakan agenda mereka.

Mereka ini kadangkala akan bercakap dengan ahli parlimen pembangkang duduk atau berdiri di sebelah tersenyum lebar dan rasa puashati kerana menganggap mereka berjaya membela masalah rakyat.

Mengikut ketetapan sidang media, hanya ahli parlimen yang mengadakan sidang media dan bukannya membenarkan sesiapa sahaja bercakap. Ini telah menyukarkan petugas media merakam atau mencatat setiap isu yang ada kalanya tidak ada kaitan dengan apa dibangkitkan di parlimen.

Kepada DAP, PKR dan PAS, kalau ada ahli Parlimen nak bercakap pada sidang media janganlah benda-benda kecil pun nak buat sidang media.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger