Wednesday, November 2, 2011

TIAN CHUA PENGECUT BAWA USUL POTONG GAJI PERDANA MENTERI



Ahli Parlimen PKR, Tian Chua dilabelkan sebagai Ahli Parlimen Pengecut apabila mempergunakan Dewan Rakyat yang mulia itu untuk kepentingan politik kotornya apabila membawa usul memotong gaji sebulan Perdana Menteri hanya disebakan dakwaan kegagalan Perdana Menteri menguruskan ekonomi Negara.

Bagaimanapun, usul Ahli Parlimen itu yang mahu memotong gaji bulanan Perdana Menteri yang berjumlah RM22,000.00 itu tidak diterima Speaker Dewan Rakyat disebabkan ia bukan kepentingan dewan.

Usul tersebut juga mendapatkan kritikan daripada beberapa Ahli Parlimen BN dan Bebas dengan kebanyakannya menganggap usul itu bersifat politik kotor. Sedangkan dalam Dewan Rakyat, wakil rakyat menyampaikan masalah rakyat ke pengetahuan menteri dan Ahli Parlimen untuk dibahaskan dan bukannya membawa usul yang tiada kaitan lalu dengan kepentingan rakyat.

Tidak kurang juga ada kalangan Ahli Parlimen yang mendakwa tujuan Tian Chua itu lebih bersifat menarik perhatian rakyat khususnya menjelang PRU-13 akan datang.

Setelah diasak beberapa kali ekoran usulnya itu, kelihatan Tian Chua berdiam diri seolah-olah menyerah diri ekoran usul yang dibawanya itu tidak diterima Speaker Dewan.


Malah, kedegaran Ahli Parlimen Bebas meminta Ahli Parlimen BN membawa usul memotong elaun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang selalu tidak hadir dan ponteng ke sidang dewan dan akhlaknya yang teruk itu.

Ternyata usul itu bukanlah bersifat mengkehendaki secara benar, tetapi lebih kepada kepentingan politik dalam memburukkan nama Perdana Menteri. Ketika ini, nama Perdana Menteri amat tidak disenangi pemimpin Pakatan Pembangkang kerana menjadi punca kemerosotan sokongan rakyat terhadap mereka.

Berbeza pula dengan pemimpin-pemimpin luar negara yang telah menerima Perdana Menteri sebagai ketua pemerintah utama Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir. Mereka juga mengkagumi cara Perdana Menteri mentadbir Malaysia dengan mengamalkan perpaduan kaum menerusi Gagasan 1Malaysia. 

3 komen:

  1. ini seekor orang cina paling sial dalam parlimen malaysia...

    ReplyDelete
  2. kurang ajar n biadap tak menghormati tika pm membuat haji.gila babi mamat nie tak sedar diri asal usul dari mana

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger