Tuesday, December 6, 2011

AHLI PAS DAKWA NIK AZIZ SEBAGAI NABI BAWA KEPADA KEKUFURAN DAN PENYESATAN



Tindakan Shamsul Zaman Sukri yang dalam ceramahnya menggelarkan Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang Nabi disifatkan sebagai membawa kesesatan dan kekufuran.

Justeru, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) diminta mengambil tindakan ke atas ahli PAS itu yang jika dibiarkan boleh menyesatkan rakyat Malaysia yang beragama islam.

Secara lazimnya, perbuatan sedemikian memperlihatkan kebanyakan ahli-ahli PAS jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

Abdullah Sa‘amah menyatakan punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang PAS sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi”.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi”.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad”.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger