Wednesday, December 21, 2011

ANAK NIK AZIZ NIK MAT BIDAS HARAKAH



Anak kepada Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas kartun drnot yang disiarkan di dalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Harakah yang menjadi cabang dan suara PAS perlu bersikap menyebelahi PAS dan bukannya menghentam sesama ahli dan pemimpin PAS. Tindakan editor dan pelukis kartun drnot Harakah itu disifatkan bersikap berkepentingan politik bagi pihak dan golongan tertentu.

‘‘Saya menolak (bidas) kartun drnot dalam Harakah cetakan terbaru yang menghina kekanda saya, Ustaz Nasharuddin. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh.

‘‘Saya turut menolak (bidas) temuramah Setiausaha Agung PAS yang mengkritik dan menuduh secara terbuka dua pejuang Islam ini yang telah berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti. Tunggulah dulu dua pejuang itu masuk UMNO jika betul-betul nak tunjuk hero menjaga PAS. Jika tidak, ia hanya tuduhan yang memecahkan,’’ katanya.


Jika hendak relevan sebagai cabang dan lidah rasmi PAS, Harakah perlu bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan. Isu memfitnah yang diamalkan Harakah dan PAS kini diibarat telah memakan diri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger