Friday, December 16, 2011

ANWAR IBRAHIM MENGHITUNG HARI 9 JANUARI 2012



Kegelisahan Anwar Ibrahim dalam menerima hukuman akibat perbuatan luar tabienya reda seketika apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan pada 9 Januari depan sebagai keputusan penghakiman kes liwatnya terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengumumkan tarikh itu di akhir sesi penghujahan pagi tadi selepas peguam utama Datuk Seri Anwar, Karpal Singh  dan Peguam Cara Negara Dua, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden menamatkan penghujahan mereka di akhir pembelaan.

Mengikut peraturan mahkamah, Anwar Ibrahim dijadualkan akan menerima hukumannya pada 15 Disember 2011, namun terpaksa ditunda bagi memberi ruang kepada mahkamah untuk melihat hukuman yang paling sesuai dikenakan ke atasnya. Anwar ibrahim didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Dalam pada itu, penetapan tarikh itu juga memberi peluang kepada kumpulan sokongan Anwar Ibrahim yang diketuai Azmin Ali untuk merancang strategi membuat kecoh pada hari itu dan melancarkan serangan untuk merobohkan penjara Sungai Buluh yang menjadi rumah kedua Anwar Ibrahim selepas ini.

Datuk Seri Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful, di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di antara jam 3.01 minit petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Selepas ini, akan banyak serangan berbentuk peribadi mahupun politik ke atas badan kehakiman atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim. Diyakini, kerajaan dan BN juga akan menerima tempias yang sama atas maksud konspirasi.

Kini, Anwar Ibrahim menghitung hari, detik demi detik untuk mengetahui berapa tahun penjara yang akan dikenakan ke atas dirinya atas kesalahan seks luar tabie. 

1 komen:

  1. satu lagu yg amat syahdu dari zaiton samiun...membuatkan penyokong2 PKR/PAS memakan hati berulang jantung....jgnmare ya nanti kena jual....seronokkkkkkkk

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger