Tuesday, December 20, 2011

ANWAR IBRAHIM “UNTUK APA BERSUMPAH” SEBAB SAYA MEMANG BERBOHONG



Anwar Ibrahim kini cuba mencari apa saja alasan untuk tidak menyahut cabaran Tun Dr Mahathir supaya bersumpah atas dakwaan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan pada tahun 1999.

Bagi mengukuhkan dakwaannya itu, Anwar Ibrahim memberi alasan dengan menyatakan perbuatan tersebut tidak perlu dilakukan kerana dakwaan yang dibuatnya adalah berdasarkan fakta dan laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia sendiri.

“Untuk apa bersumpah? Ini soal rasuah, soal jenayah. Jawapannya bukan dengan bersumpah.

“Kita tahu hukum mufti. Ini bukan soal sumpah, soalnya bagi keterangan.

Berdasarkan jawapan Anwar Ibrahim itu secara jelas memberikan kita jawapan bahawa dakwaan Anwar Ibrahim ke atas Tun Dr Mahathir itu hanyalah bersifat menghasut dan berbohong.

Kenapa Anwar Ibrahim terlalu liat untuk bersumpah sedangkan dengan cara itu boleh memberikan gambaran bahawa dirinya berkata benar. Keputusan Anwar Ibrahim mempersoalkan kenapa perlu bersumpah diibaratkan sebagai Anwar Ibrahim tidak tahu hukum-hakam Islam.

Tun Dr Mahathir sebelum menafikan segala dakwaan Anwar Ibrahim berhubung surat yang dikatakan ditandatangani Tun Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan Perdana Menteri untuk dihantar kepada Bank Dunia. Sebaliknya, menegaskan beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang menawarkan bantuan atas undangan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dalam jawapannya terhadap Tun Dr Mahathir memberitahu permintaan supaya surat yang dimaksudkan itu ditunjukkan adalah sebagai suatu perangkap.

Dengan nada tegas dan keras, bukti ada, fakta pun ada. Nak cari surat yang dihantar kerajaan, ini hanya helah saja. Mana saya ada simpan fail atau surat itu.

Dengan jawapan itu, Anwar Ibrahim hanya bersandarkan tuduhan semata-mata tanpa mengemukakan bukti. Jika benar Tun Dr Mahathir ada menulis surat itu, kemukakan saja buktinya.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim memberitahu sekiranya dia mengeluarkan surat itu nanti akan didakwa atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) pula. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger