Saturday, December 3, 2011

APAKAH YANG MEMBELENGGU PAS? DAP GANTI PAS?



Dahulunya perjuangan PAS lebih berbentuk agama apabila tidak kenal budaya dan agama. Malah, secara berterus terang, pemimpin PAS ketika itu tidak menjalinkan hubungan dengan kafir DAP yang ketika itu menjadi rakan sekutu, iaitu sebagai pembangkang. Apatah lagi memeluk rakan kafir mereka yang disifatkan sebagai penentang agama.

Jika anda masih ingat, bagaimana pada tahun 1969, PAS telah memecat Ahli Parlimennya, Hashim Gera hanya kerana berjoget di Parlimen. Ketika di hadapan Jawatankuasa Disiplin Parti, Hashim Gera memberitahu joget itu adalah tarian bersih.

Menurutnya lagi, "Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari".

Namun, Hashim Gera tetap juga dipecat atas alasan melangkaui agama dan memalukan PAS.

Semenjak PAS bersikap politik melebihi agama, keputusan bersama DAP diambil demi kelangsungan politik PAS apabila munculnya PKR. Umum mengetahui kebanyakan ahli-ahli PKR sekarang merupakan bekas ahli-ahli UMNO yang pembelot. Kononnya, mereka mahu Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menyifatkan penyingkiran Anwar Ibrahim dari kabinet adalah atas keputusan diktator Tun Dr Mahathir.


Sepanjang PAS bersama PKR, mereka percaya PAS tidak perlu gentar dengan parti itu yang dianggap sebagai Parti Kian Rebah. Malah, semenjak Anwar Ibrahim dibelenggu dengan pelbagai skandal dan masalah moral, PAS melihat kejatuhan PKR tidak lama lagi. Rata-rata ahli-ahli PAS apabila ditanya mengenai kes liwat dan video Anwar Ibrahim menyatakan bahawa mereka percaya 100% namun bersikap berdiam diri disebabkan pengaruh Anwar Ibrahim di kalangan pemimpin DAP.


Demi kelangsungan politiknya, PAS bertukar strategi dengan menjalinkan hubungan rapat dengan DAP berbanding PKR. Kebanyakan pemimpin PAS menganggap DAP adalah parti yang perlu diambil perhatian dan bukannya PKR.


Atas faktor itu, PAS sanggup bersentuhan dan berpeluk cium dengan DAP. Melihat kepada detik itu, ada kebenarannya dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PAS tidak mungkin ganti UMNO kerana sebelum ini menolak perpaduan yang dibawa UMNO sebaliknya DAP yang akan ganti PAS.


Keprihatinan PAS terhadap skandal Mat Sabu sehingga ditangkap berkhalwat dan menuduh sebagai konspirasi politik UMNO dilihat sebagai suatu tindakan yang bersifat membelakangkan agama. Persoalannya, kenapa Mat Sabu tidak dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti kerana berkhalwat seperti mana yang dikenakan ke atas Hashim Gera?


Ternyata keprihatinan PAS terhadap Mat Sabu berbaloi apabila kini tertuduh dan yang didakwa berkhalwat itu telah menjadi Timbalan Presiden PAS. Dan, pastinya Mat Sabu akan membersihkan dirinya dengan sebaik mungkin sedikit demi sedikit. Kegirangan Mat Sabu semasa berceramah di Pulau Pinang pada Ogos lepas sehingga memuja Mat Indera dan komunis telah menyebabkan rakyat Malaysia marah.

Demikian juga dengan kes video seks Anwar Ibrahim yang secara meluas berkeliaran di alam maya. Namun, Presiden PAS, Hadi Awang menyifatkan video itu tidak boleh jadi saksi dan bukti di dalam mahkamah. Siapa Hadi Awang yang nak mempersoalkan bahan bukti dan saksi kerana beliau hanya pandai berdolak dalih dan memutar belitkan fakta.


Sebelum ini, gambar bogel pemimpin PKR, Elizabeth Wong tersebar di dalam internet dan orang yang banyak membelanya ialah PAS dan bukannya PKR mahupun DAP. Hujah PAS, berdosa hukumnya apabila mengaibkan peribadi seseorang. Tetapi, bagaimana dengan video seks Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan beraksi ranjang bersama dengan pelacur datangnya dari China?

Apabila semua benda dan perkara yang berlaku dan dilakukan rakan sekutunya itu, PAS segera membela dan menafikannya sedangkan mereka tahu bahawa perkara yang dilakukan itu salah. Namun, apabila perkara yang dibuat pemimpin UMNO, PAS segera melancarkan serangan memfitnah. Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Mekah bagi menunaikn haji pun dijadikan bahan politik dan difitnah bertalu-talu.


Lihat juga bagaimana dalam kes Gereja Methodist Damansara Utama yang secara terang-terangan cubaan untuk memurtadkan orang Islam di Selangor. Paling lantang yang berkeras dan mengutuk perbuatan itu adalah Dr Hassan Ali. Kelantangan Dr Hassan Ali itu segera dibentes PAS dan menyatakan perkataan yang keluar dari mulut Dr Hassan Ali itu bukan kenyataan rasmi PAS. Akibatnya, Dr Hassan Ali dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti.


Demi menjaga hati rakannya DAP, PAS tidak mahu masuk campur dalam kes Gereja Methodist Damansara Utama walaupun secara jelas usaha memurtadkan orang Islam sedang dijalankan. Namun, PAS hanya tutup mata dan sanggup menjual agama Islam demi kepentingan politik PAS.

Jika betul PAS memperjuangkan Islam, kenapa PAS tidak membenarkan ahli-ahlinya menyertai Himpunan Sejuta Umat yang dikelolakan NGO’s Islam? Apakah disebabkan kenyataan DAP bahawa Himpunan Sejuta Umat itu disifatkan sebagai cubaan untuk menjadikan negara Islam dan sama sekali membantah perhimpunan itu. Demi menjaga air muka DAP, PAS terpaksa tunduk dan sujud di kaki Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Kini, DAP sudah tahu kekuatan orang Melayu dan mengekploitasikan mereka untuk kesejahteraan politik DAP. Keputusan DAP untuk meletakkan calon Melayu berkelulusan agama dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mewajarkan keyakinan bahawa DAP mungkin mengambil alih peranan PAS.


Nampaknya, PAS dalam PRU-13 akan datang akan terus bersama DAP bagi memperoleh kepentingan politik. Sikap PAS itu yang dikatakan menumpang populariti DAP yang kini begitu rasis dalam menjayakan konsep Malaysian Malaysia. PKR yang dalam dilema apabila akan mengetahui nasib Ketua Umum mereka dalam perbicaraan kes liwat. Namun, Anwar Ibrahim kini menjadi punca masalah dalam Pakatan Pembangkang dan telah hilang kelayakannya memimpin PAS, DAP dan PKR. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger