Saturday, December 31, 2011

BAPA DIPENJARA, ANAK BAKAL JADI PERDANA MENTERI?



Ramai pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang khususnya PKR percaya Anwar Ibrahim akan dipenjarakan pada keputusan 9 Januari 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perbicaraan yang telah memasuki lebih 3 tahun itu sampai ke kemuncaknya pada awal sambutan tahun 2012 dan dijangka Penjara Sungai Buloh akan menjadi destinasi sambutan tahun baru 2012 Anwar Ibrahim. Diberitakan, pihak Jabatan Penjara Malaysia sudahpun menghias dan mengemas bilik penjara untuk Anwar Ibrahim.

Mahu tidak mahu, kepimpinan Pakatan Pembangkang terpaksa mengubah haluan dan strategi menghadapi PRU-13 akan datang apabila mereka bersepakat akan mencalonkan Nurul Izzah sebagai pengganti kepada calon Perdana Menteri sekiranya menang pada PRU-13 nanti. Kenapa Nurul Izzah, kenapa tidak Wan Azizah mahupun Azmin Ali?

Nurul Izzah adalah anak sulung Anwar Ibrahim dan calon sesuai sebagai Perdana Menteri. Ini akan membuatkan rakyat bersimpati ke atas bapanya dan seterusnya menyokong Nurul Izzah. Anwar Ibrahim sememangnya tidak mendapat peluang untuk menjadi Perdana Menteri ekoran Penjara Sungai Buloh menjadi destinasi seterusnya ke atasnya.


Di sebalik keputusan mahu melantik Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri, Pakatan Pembangkang juga difahamkan telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai pemimpin tertinggi DAP, PKR dan PAS. Tujuannya adalah supaya Perdana Menteri yang akan mewakili Pakatan Pembangkang tidak akan memerintah secara diktator dan membuta tuli.

Dalam pada itu, kepimpinan Pakatan Pembangkang berharap agar pencalonan Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri akan mendapat sokongan daripada golongan muda yang ketika ini menjadi tunjang kepada kebangkitan Pakatan Pembangkang.

Pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini. Atas sebab itu, Nurul Izzah anak sulung Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama.

Sejauh mana taktik dan strategi ini akan berjaya, marilah kita lihat nanti.

1 komen:

  1. Tak adil! Kenapa pihak penjara nak hias bilik dia. Sepatutnya dia mesti di layan sama macam banduan2 lain, malah kalau boleh lagi teruk lagi.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger