Monday, December 19, 2011

CABARAN TUN MAHATHIR DESAK ANWAR IBRAHIM BERSUMPAH DISAMBUT DINGIN



Terdahulu, Anwar Ibrahim yang dipetik Malaysiakini yang melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk mendapatkan bantuan dana semasa krisis kewangan pada tahun 1999.

Menjawab kepada jawapan yang diberikan Anwar Ibrahim dalam Malaysiakini, Tun Dr Mahathir meminta Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan dirinya pernah menulis surat kepada Bank Dunia bagi meminta bantuan semasa krisis kewangan yang melanda Malaysia pada tahun 1999 seperti yang dinyatakan Anwar Ibrahim.

Jika benar Anwar Ibrahim tidak sanggup menerima cabaran itu, maka ternyata Anwar Ibrahim pembohong. Dan, ini bukan pertama kali Anwar Ibrahim berbohong dalam usaha memburukkan nama orang lain dan menyelamatkan dirinya daripada sebarang pertuduhan.

Selepas Anwar Ibrahim keluar daripada Penjara Sungai Buloh dan terlibat aktif dalam politik apabila menjadi Ahli Parlimen dalam situasi yang penuh kontroversi, bermulalah episod pembohongan Anwar Ibrahim. Beliau tahu bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang simpati terhadapnya walaupun mengetahui dirinya itu bukan dianiaya sebaliknya kerana kerakusannya mahu menjawat jawatan Perdana Menteri.

Lihat sahaja bagaimana kes liwat Anwar Ibrahim semasa dirinya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kini menjadi Ketua Pembangkang masih belum selesai dengan kerenahnya yang cuba menipu Mahkamah dengan melewat-lewatkan perbicaraan. Dalam pada itu, kegagalannya mengakui dirinya sebagai pelakon dalam video seks bebas bersama pelacur China walaupun beberapa pakar mengesahkan video itu 99.99 peratus tulen.

Itu adala sebahagian pembohongan Anwar Ibrahim dan pasti banyak lagi pembohongan yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim sepanjang dirinya hidup di muka bumi ini.

Berbalik kepada cabaran Tun Dr Mahathir, sehingga kini setelah tempoh 48 jam berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi membisu berkenaan dengan cabaran Tun Dr Mahathir. Ramai percaya Anwar Ibrahim tidak akan berbuat demikian memandangkan dakwaan Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir itu tidak berasas dan bohong.

Sebelum ini, Najib Razak juga pernah mendesak dan meminta Anwar Ibrahim berumpah terhadap dakwaan dirnya dalam video pelacur China itu dan terlibat dalam ‘merogol’ Saiful Bukhari Azlan. Namun, Anwar Ibrahim tidak juga berbuat demikian sebaliknya Najib Razak telah memalukan Anwar Ibrahim apabila bersumpah sebanyak 4 kali dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan dirinya tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang menjadi isu terbesar pembangkang dalam menyerang Perdana Menteri itu.

Menyentuh mengenai surat kepada Bank Dunia, Tun Dr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Sebaliknya, Tun Dr Mahathr meminta Anwar Ibrahim menunjukkan surat itu sekiranya masih ada. Bahkan, menurut Tun Dr Mahathir, beliau menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.

Jika benar, saya yang tulis surat kepada IMF, saya nak suruh dia (Anwar Ibrahim) bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu.

Dalam mengakui kebenaran kata-kata Tun Dr Mahathir itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

Tun Dr Mahathir telah menghalau mereka keluar dari pejabatnya sambil mengetahui undangan mereka sebenarnya telah diatur oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kini, secara jelas Anwar Ibrahim seorang pembohong. Melihat kepada riak muka dan wajahnya yang semakin hari semakin pudar bagi mencerminkan sikapnya yang kini telah terpesong dengan ajaran Islam dan diselebungi dosa-dosa. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger