Monday, December 5, 2011

DAP LEMAH, PAKATAN PEMBANGKANG MENUJU KEHANCURAN



Siapa sangka sebelum ini, DAP yang merupakan parti pembangkang yang ‘kuat’, kini menuju kehancuran. Dahulunya, mereka hanya melihat rakan mereka PKR dan PAS bergolak sesama mereka sehingga menyebabkan kedudukan parti mereka semakin goyah berbanding DAP. 

Selain isu kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilihat lemah dan bermasalah dan melibatkan beberapa ADUN DAP, kepimpinan DAP Johor pula dilihat menuju kehancuran.

Terbaru, DAP Johor telah dilanda krisis dalaman apabila sekumpulan 20 ahli parti berkenaan mengadakan demonstrasi di Jalan Ali berhadapan kompleks membeli-belah Wetex Parade.

Demonstrasi berkenaan bertujuan membantah keputusan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau mahu meletakkan Setiausaha DAP Johor, Tan Chen Choon bertanding di kerusi DUN Bentayan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Antara yang melakukan demonstrasi tersebut adalah bekas Timbalan Ketua DAP Parlimen Bakri, Lim Kheng Huat serta bekas Bendahari DAP Parlimen Bakri, Khoo Ah Huat yang telah pun dikenakan hukuman gantung selama enam bulan oleh Lembaga Disiplin DAP pada September lalu.

Kedua-dua pemimpin itu digantung bersama-sama ADUN Bentayan dari DAP, Gwee Tong Hian kerana masalah pengurusan dana parti itu.

Kumpulan tersebut menyatakan, Chen Choon tidak layak menjadi calon di kerusi DUN Bentayan kerana dia tidak pernah berkhidmat di kawasan tersebut sejak tewas semasa bertanding di kerusi DUN itu pada pilihan raya umum tahun 2008.

Ternyata semakin menuju PRU-13, isu dalaman parti pembangkang semakin kritikal dan bercelaru. Selepas isu Anwar Ibrahim yang meliwat dan skandal video seks bebas dan PAS yang terkenal dengan hukum-hakam Islamnya berkenaan hukum Hudud, DAP pula menghadapi tentangan dalaman berhubung salah pilih calon. Akibatnya DAP kini mendapat tentangan daripada ahlinya sendiri.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger