Saturday, December 17, 2011

DAP: “WORLORD VS GODFAHTER”, PAS: “ULAMA” VS “PROFESIONAL”



Akibat terlalu ghairah mahu memenangi PRU-13 akan datang, strategi Pakatan Pembangkang mahu mengetegahkan calon awal dan menggugurkan calon lemah dilihat telah memakan diri. Akibatnya, berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya konflik dalaman dalam parti kompenan Pakatan Pembangkang.

Konflik dalaman DAP tercetus apabila Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy mengumumkan bahawa beliau dan tiga calon wanita bakal bertanding di PRU-13 akan datang. Tujuannya, beliau masih mahu berada dalam kabinet negeri, tetapi bertekad mahu menjawat jawatan Ketua Menteri.

Kenapa jawatan Ketua Menteri? Sambil menjelaskan sebagai anak jati Pulau Pinang, beliau antara pemimpin negeri yang layak memandangkan jawatan Ketua Menteri diberikan kepada bukan Melayu, sama ada Cina atau India. Memandangkan ketua menteri yang sedia ada sekarang bukan anak jati Pulau Pinang, maka pilihan terbaik sekarang ialah memilihnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru sekiranya Pakatan Pembangkang masih mengekalkan kuasanya di Pulau Pinang.

Strategi dan taktik P Ramasamy itu sangat tidak disukai pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkan perbuatan itu sebagai membelakanginya sebagai Pengerusi DAP. Menurut Karpal Singh, sehingga kini DAP masih belum mmebincangkan tentang calon DAP yang akan bertanding dalam PRU-13 dan kenyataan P Ramasamy disifatkannya sebagai mencalonkan diri sendiri.

Karpal Singh juga memaklumkan sekiranya P Ramasamy bertanding, maka beliau belum tentu masih memegang jawatan Timbalan Ketua menteri II Pulau Pinang atau menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Karpal Singh juga menyifatkan perbuatan P Ramasamy yang mencalonkan dirinya sendiri dan DAP tidak mempunyai pemimpin yang menganggap dirinya sebagai “Warlord”.  Manakala, bagi pihak P Ramasamy, DAP boleh hidup tanpa “Godfather”.


Di pihak PAS pula, kenyataan seorang pemimpin PAS yang memihak kepada Mat Sabu telah secara sengaja memaklumkan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin akan digugurkan daripada senarai calon PAS dalam PRU-13.

Ramai di kalangan ahli-ahli PAS telah menyatakan kekesalan terhadap kenyataan pemimpin PAS itu yang disifatkannya sebagai perbuatan mensabotaj parti. Hakikatnya, Presiden PAS, Hadi Awang sendiri pernah memaklumkan bahawa parti itu belum lagi berbincang mahupun bercakap mengenai calon yang akan bertanding dalam PRU-13 akan datang.

Ramai pemimpin PAS menyifatkan kenyataan itu bercanggah dan membelakangkan Presiden PAS. Malah, cakap-cakap sebilangan pemimpin PAS memberitahu itu adalah perbuatan Mat Sabu.

Melihat kepada situasi PAS sekarang ini yang mempunyai 2 golongan, iaitu golongan ulama dan golongan profesional. Namun, selepas Muktamar PAS sebelum ini yang menyaksikan golongan profesional yang diketuai Mat Sabu telah berjaya menewaskan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin yang termasuk dalam golongan ulama.

Ternyata, tidak lama lagi PAS akan hancur dengan idealogi golongan profesional yang disokong sepenuhnya Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menguasai PAS. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger