Wednesday, December 28, 2011

DR EU HONG SENG PERSOAL PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN



Negara tidak lekang dengan isu dan permasalahan yang dibuat oleh rakyatnya. Itulah namanya hidup bermasyarakat majmuk yang masing-masing mahu menegakkan kepentingan sendiri walaupun perkara itu sudah termaktub dalam sejarah dan undang-undang negara.

Bagaimanapun, negara dikejutkan dengan ucapan Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) itu pada majlis minum petang di sebuah gereja di Subang Jaya, Sabtu lalu itu berbentuk provokasi, menghasut dan tidak bertanggungjawab. Pengerusinya, Dr Eu Hong Seng telah mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Dr Eu Hong Seng itu disifatkan sebagai mempertikaikan mengenai perkara tersebut seolah-olah mahu 'bermusuh' dengan orang Melayu dan Islam. Juga, antara lain cuba mempertikaikan Perkara 153 lebih bersifat 'membuli' jika ia hanya melindungi hak sesuatu kumpulan atau pihak.


Tindakan Dr Eu Hong Seng mengulas Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah suatu bentuk provokasi melampau dan boleh mengundang kepada sentimen perkauman dan keagamaan.

"Perkara 153 adalah kontrak sosial yang tidak boleh disentuh kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Inilah mereka, kalau kita jawab dikatakan rasis, tetapi siapa yang memulakan dahulu (mempertikaikan Perkara 153)?

Justeru, adalah wajar Dr Eu Hong Seng dikenakan di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan mengenai Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa hidup dalam keadaan aman damai selaras dengan kemajuan yang hendak dicapai. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger