Saturday, December 24, 2011

DR HASSAN ALI DAKWA HARAKAH TIDAK ADIL



Ramai bloggers propembangkang dan pemimpin PAS dan Pakatan Pembangkang menyelar Dr Hassan Ali yang menggunakan akhbar tempatan seperti akhbar Utusan Malaysia dan media elektronik seperti TV3 dan RTM dalam menyerang PAS. Sepatutnya Dr Hassan Ali menggunakan media massa milik Pakatan Pembangkang seperti Malaysiakini, Selangor TV, Malaysia Today, Malaysia Insider dan akhbar milik Pas, Harakah.

Keadaan sebaliknya berlaku apabila Dr Hassan Ali lebih mudah dan gemar menggunakan media prokerajaan yang didakwa menyiarkan maklumat dan berita yang tidak adil. Mereka takut maklumat yang disiarkan akan mengelirukan rakyat dan seterusnya membantutkan usaha untuk mempengaruhi rakyat tentang agenda politik mereka.

Bagi menjawab pertuduhan itu, Dr Hassan Ali menegaskan beliau terharu dengan keterbukaan akhbar-akhbar yang didakwa prokerajaan kerana sikap dan sifat kewartawan yang tinggi dalam menyiarkan berita berbanding media massa milik Pakatan Pembangkang dan PAS sendiri.

Berbeza dengan akhbar milik Pakatan Pembangkang dan PAS, mereka ini menyiarkan berita berdasarkan kepentingan golongan tertentu. Sebagai contoh, akhbar Harakah milik PAS dilaporkan melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti dan meminggirkan golongan yang lain.

Lebih mendukacitakan, wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu. Akibatnya, wawancara itu disimpan dalam peti besi dan akan terus dikunci. Sekiranya dikeluarkan akan menyebabkan Harakah akan mendapat kesan yang buruk terutama dalam meneruskan operasinya.

Jika sebelum ini, pemimpin Pakatan Pembangkang kerap melaungkan kebebasan akhbar, tetapi hakikatnya mereka sendiri yang menyekat kebebasan akhbar. Ramai pihak berpendapat tindakan penerbit Harakah yang tidak mengeluarkan wawancara Datuk Haron Din berhubung isu Gereja DUMC adalah disebabkan melindungi kepentingan politik pihak tertentu khususnya pemimpin DAP.

Inilah permainan licik PAS yang akhirnya terbongkar akibat kecuaian diri dalam membezakan yang benar dan yang menumpang. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger