Wednesday, December 21, 2011

DR HASSAN ALI DAN NASHARUDDIN JAWAB SOALAN PEMIMPIN PAS



Pertelingkahan dalaman PAS semakin tenat apabila beberapa pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang mendahului Presiden PAS dan parti berhubung nasib Dr Hassan Ali dan Nasharuddin dalam PRU-13 akan datang. Kedua-dua pemimpin PAS itu kalah dalam pertandingan berebut jawatan dalam parti pada pemilihan kepimpinan tertinggi PAS.

Justeru, bagi terus menenggelamkan kedua-dua pemimpin PAS itu hanya satu cara sahaja iaitu menggugurkan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin dalam PRU-13 akan datang. Namun, ia tidak semudah yang disangka kerana masih ramai yang menganggap kedua-dua pemimpin itu masih relevan dengan misi dan visi PAS.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu.

Nasharuddin mengatakan beliau hairan dengan perjalanan politik PAS yang didakwanya semakin pelik ekoran tindakan Saari Sungib yang mendahului parti berhubung kedudukan Hasan yang tidak mendapat pencalonan mencukupi untuk mempertahankan DUN Gombak Setia.

Sebelum itu, Mustafa Ali menyifatkan Nasharuddin dan Dr Hasan Ali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor terperangkap dalam agenda UMNO.

Nik Abduh turut mempersoalkan sebab-sebab kenyataan Saari yang sengaja diperkecilkan sedangkan ADUN Hulu Kelang itu telah memulakan isu yang sudah sedia membara dalam sekam.

Kini, PAS berdepan dengan situasi paling getir dalam penubuhannya malah kreadibiliti parti itu sebagai parti Islam kian tercemar. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger