Tuesday, December 13, 2011

DR JERIP SUSIL: PETER CHIN DAN GEORGE CHAN MUNGKIR JANJI



Sebelum TDC SUPP diadakan pada Sabtu, setiap perwakilan termasuk kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan sama ada TDC SUPP ini diteruskan atau ditunda ke suatu tarikh baru.

Menurut Dr Jerip Susil, SUPP mungkin boleh bersatu dan tidak akan berpecah seperti yang dilihat hari ini sekiranya bekas Presiden SUPP mengambil keputusan untuk menngguhkan TDC SUPP.

Sebelum ini pada pada perbincangan bersama bekas Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Presiden Datuk Seri Peter Chin pada Selasa lepas telahpun memutuskan untuk menangguhkan TDC SUPP itu ke suatu tarikh baru.

Bagaimanapun, perkara itu sebaliknya berlaku apabila kedua-dua bekas dan Presiden SUPP tidak mengotakan janji-janji mereka dan sekaligus menolak rayuan kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh dengan niat untuk menidakkan kebaikan dan perpaduan dalam parti.

Tindakan mereka ini mencerminkan kepimpinan SUPP yang baharu ini hanya memetingkan jawatan dan kuasa dalam parti, tetapi tidak mahu merangkumkan semua orang khasnya yang tidak bersama mereka. Yang pasti keputusan yang dibuat bekas Presiden SUPP itu bukan keputusan yang mahu dilihat Perdana Menteri. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger