Saturday, December 10, 2011

FEDLOT SHARIZAT MENULAR KE SARAWAK



Sepanjang mengadakan lawatan ke Kuching selama 4 hari bermula Rabu lepas, Azmin Ali dalam setiap ceramahnya di Matang Jaya, Kampung Buntal dan Kampung Melayu, Samarahan memberi fokus kepada kes Fedlot yang dinaungi suami YB Sharizat Jalil.

Kesempatan datang ke Sarawak, Azmin Ali tidak habis-habis menjadikan isu penyelewangan Sharizat dan suaminya dalam NFC sebagai modal untuk mengaitkan bagaimana kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib mempergunakan duit rakyat untuk kepentingan pemimpin BN.

Isu pemberian pinjaman wang berjumlah RM240 juta yang diberikan kerajaan kepada syarikat NFC dilihat sesuatu yang mencurigakan dengan nilai yang banyak. Azmin Ali mengakui tujuan dan objektif projek Fedlot ini adalah untuk membantu golongan Bumiputera dan mengurangkan import daging adalah usaha yang baik, namun perlaksanaan projek itu yang kini disifatkan sebagai ‘sakit’ telah merugikan rakyat.

Menurut Azmin Ali, jumlah lembu-lembu yang terdapat di dalam ladang Fedlot di Gemas, Negeri Sembilan tidak menunjukkan jumlah sebenar yang diperuntukkan mengikut jumlah sasarannya. Hanya terdapat lebih kurang 1,000 ekor lembu berbanding sasaran sebenanya berjumlah 5,000 ekor.

Malah, Azmin Ali tanpa rasa bersalah dan segan silu menggelarkan Sharizat Jalil sebagai ‘lembu’ sehingga menyebabkan hadirin yang hadir pada malam itu tergelak besar.

Walaupun, Timbalan Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tiada kes dalam siasatan terhadap NFC, namun Azmin Ali menegaskan kenyataan itu hanya untuk melindungi pemimpin BN. Kalau tiada angin, manakan ada pokok bergoyang?

Nampaknya, isu Fedlot lembu Sharizat telah menular ke Sarawak melalui Laut China Selatan. Mahu tidak mahu, Sharizat perlu menjelaskan perkara sebenar tentang Fedlot dan tidak hanya bersandarkan tindakannya menyinsing lengan baju ketika Perhimpunan Agong UMNO lepas. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger