Monday, December 26, 2011

GILIRAN 500 AHLI PKR HULU KELANG SERTAI UMNO


Atas faktor hilang kepercayaan ke atas kepimpinan PKR, seramai 500 Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO. Tindakan ahli-ahli AMK ini susulan daripada beberapa insiden keluar parti ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR. Kini, giliran PKR pula menerima tempiasnya walaupun ada di kalangan pemimpin PKR beranggapan jumlah 500 orang itu tidak sedikitpun menjejaskan cita-cita Pakatan Pembangkang menakluk Putrajaya.

Majlis penyerahan borang keanggotaan UMNO diketuai Mohd Jefry Sallehuddin kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamaruddin. Alasan beliau dan rakannya keluar parti disebabkan sudah tidak sanggup lagi ditipu kepimpinan Pakatan Pembangkang yang saban hari mengutamakan kuasa dan politik cantas-mencantas.

Menurut Jefry Sallehuddin lagi, beliau sangat kenak dengan Anwar Ibrahim sejak 13 tahun lagi dengan 2 kali saya masuk ISA dan 16 kali saya masuk dan keluar penjara... tetapi mulai 2 Oktober lepas, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti dan menyertai UMNO.

Menyertai UMNO ini tiada paksaan mahupun dibeli oleh orang UMNO seperti mana yang dilabelkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali terhadap ahli-ahli Pakatan Pembangkang yang menyertai UMNO.

Sebaliknya, atas keterbertanggungjawaban ke atas agama, bangsa dan tanahair menyebabkan saya dan 500 ahli AMK mengambil keputusan keluar parti dan menyertai UMNO.

Keputusan mereka menyertai UMNO telah diterima dengan hati terbuka oleh kepimpinan UMNO di Bahagian Hulu Kelang dan kepimpinan tertinggi dalam usaha mengukuhkan kekuatan BN menjelang PRU-13 akan datang.

Selepas ini, menjadi harapan agar lebih ramai ahli-ahli AMK mahupun PKR di Selangor dan seluruh negara bertindak berfikiran waras demi agama, bangsa dan tanahair dengan menyertai UMNO. Hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu merealisasikan hasrat rakyat Malaysia untuk hidup dalam perpaduan selaras dengan Gagasan 1Malaysia. 

Hadiah Krismas kepada Pakatan Pembangkang dan PKR

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger