Saturday, December 24, 2011

HARUN TAIB PAS BELA HASSAN ALI DAN NASHARUDDIN MAT ISA



Di sebalik kecaman hebat yang diterima kedua-dua pemimpin PAS dari kepimpinan tertinggi parti, Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan mereka.

Datuk Harun Taib menegaskan pendiriannya masih tidak berubah terhadap kewibawaan serta kesetiaan Nasharuddin dan Hasan kepada PAS dari dahulu sehingga sekarang walaupun cuba disangkal oleh kepimpinan tertinggi PAS dari golongan profesional. Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa masih diperlukan PAS dan juga sebaliknya, tetapi disebabkan permainan kotor beberapa pihak dalam kepimpinan PAS menyebabkan ramai yang berpandangan kedua-dua pemimpin PAS itu cuba berpaling tadah.

Pergolakan dalaman PAS tercetus apabila Ketua Penerangan PAS dalam blognya menyatakan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara pemimpin PAS yang akan digugurkan dalam PRU-13 akan datang. Bagaimanapun, Dr Hassan Ali menyangkal dakwaan itu yang menyifatkan Ketua Penerangan PAS itu telah mendahului pandangan Presiden PAS.

Umum mengetahui pergolakan dalaman PAS Selangor telah tidak dapat diselamatkan ekoran campurtangan beberapa pemimpin PAS yang cenderung menyokong perjuangan Anwar Ibrahim dan DAP seperti Mat Sabu, Mustafa Ali, Mahfuz Omar dan Khalid Samad termasuk Ketua Penerangan PAS Selangor. Mereka ini bercita-cita untuk menghapuskan golongan ulama yang kini menjadi duri dalam daging kepada golongan profesional. Dasar dan aliran agama dalam PAS sudah tidak lagi relevan sekarang kerana politik kini berasaskan idealogi dan bukannya agama seperti yang diamalkan DAP dan PKR.

Susulan daripada serangan bertalu-talu pemimpinan PAS terhadap Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa, akhirnya mereka bersuara dengan mengkritik dasar yang diperjuangkan PAS yang kini cenderung ke arah matlamat bersama DAP dan PKR. Setiap patah perkataan yang diungkapkan Dr Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dalam sidang akhbar dan wawancara telah membuka pekung PAS yang selama ini bertunjangkan idealogi DAP di sebalik perjuangan agama.

Kini, ramai rakyat Malaysia dan ahli-ahli PAS sudah mula membuka mata dan telinga atas perkara yang berlaku dalam PAS sehingga memaksa mereka berfikir banyak kali sama ada meneruskan bersama PAS atau sebaliknya.

Inilah kejadian yang Allah swt turunkan kepada ahli-ahli PAS yang selama ini mempermainkan akidah dan fitrah manusia dengan melabelkan pelbagai macam kata-kata kesat ke atas penyokong dan ahli-ahli BN yang seagama dan sebangsa. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger