Thursday, December 1, 2011

KARPAL SINGH PANGGIL GOBALAKRISHNAN DENGAN GELARAN ‘BINATANG’


Apakah semua pemimpin DAP bersikap kurang ajar dengan pemimpin lain? Sememangnya itulah perangai sebenar pemimpin DAP yang gemar memanggil nama seseorang dengan panggilan yang biadap lagi kurang ajar.

Selepas Nga Kor Ming yang memanggil Menteri Besar Perak sebagai “hitam metalik” dalam ceramahnya bersama ahli-ahli PAS, terbaru yang berlaku di dalam Dewan Rakyat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh memanggil N. Gobalakrishnan sebagai “binatang”. Walaupun, Speaker Dewan meminta Karpal Singh menarik balik perkataan tersebut, namun ianya tidak diendahkan. Sebaliknya, Karpal Singh tetap dengan pendiriannya untuk terus memanggil N. Gobalakrishnan dengan panggilan “binatang”.

Disebabkan kedegilan Karpal Sing itu, Speaker Dewan Rakyat tiada cara lain kecuali memerintah Karpal Singh keluar dewan. Arahan Speaker Dewan Rakyat itu tidak diendahkan Karpal Singh sebaliknya tetap berdegil untuk terus bersama dengan kerusi rodanya.

Tidak padan dengan cacatnya, Karpal Sing terus berada di tempatnya. Akhirnya, Speaker Dewan Rakyat telah mengarahkan penngawal dan polis untuk membawa Karpal Singh keluar dewan.

Sikap sebegini yang ditunjukkan Karpal Singh bukanlah perkara baru bahkan telah menjadi tabiat beliau untuk sesuka hati memanggil orang dengan pelbagai gelaran. Malah, sahabat liwatnya, Anwar Ibrahim juga suatu masa dahulu pernah diberikan gelaran oleh Karpal Singh. Tanyalah kepada Anwar Ibrahim, apakah panggilan yang diberikan Karpal Singh kepadanya? 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger