Friday, December 23, 2011

KHALID SAMAD SOKONG DAP LETAK CALON MELAYU PADA PRU-13



Hasrat DAP untuk meletakkan calon Melayu di kawasan Melayu di beberapa kawasan bagi menggantikan PAS mendapat sokongan penuh daripada Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad. Tindakan ini menurut Khalid sebagai usaha DAP membebaskan diri mereka daripada imej keCinaan.

DAP sebelum ini bercadang untuk meletakkan calon Melayu di kawasan campuran majoriti Melayu khususnya di beberapa kawasan yang pernah ditandingi PAS dan PKR. DAP beranggapan bahawa DAP mempunyai keyakinan tinggi untuk menang di kawasan berkenaan berbanding PAS dan PKR. Adalah lebih baik, DAP meletakkan calon mereka di kawasan itu bagi menjamin kemenangan Pakatan Pembangkang.

Di sebalik hasrat DAP itu, sememangnya DAP mahukan peruntukan kerusi yang banyak supaya mereka mempunyai suara yang lebih dan kuat di dalam DUN mahupun Parlimen. Mereka mahukan menjadikan Pulau Pinang dan Selangor sebagai contoh pentadbiran mereka sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Lihat bagaimana Pulau Pinang yang diterajui DAP berjaya meningkatkan majoriti dan kepentingan kaum Cina khususnya dalam penguasaan ekonomi. Bagaimana pula dengan nasib orang Melayu? Mereka ini bukan sahaja ditindas malah juga merempat di negeri sendiri sehingga menyebabkan peniaga Melayu dan India hilang mata pencarian.

Di Selangor pula, selain mewar-warkan janji-janji pilihan raya yang diperkenalkan pada tahun 2008 dan sehingga kini hanya diibaratkan sebagai janji-janji kosong. Pemerintahan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanyalah bersifat pemimpin boneka seperti mana lagaknya mengenakan songkok senget. Segala keputusan dan mengubah dasar negeri semuanya dibuat oleh pemimpin DAP yang mempunyai kuasa penentu dalam Kerajaan Selangor.

Dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan agama di Selangor telah membuatkan DAP kecut perut. Juga, kedegilan Dr Hassan Ali yang menjalankan tugas bukan kerana kepentingan politik sebaliknya kerana agama, bangsa dan institusi raja di Malaysia. Inilah yang membuatkan DAP berasakan mereka perlu memberikan tekanan kepada PAS dan PKR bagi mendapatkan kerusi lebih supaya dapat menguasai sepenuhnya pentadbiran kelak.

Namun, ini tidak dilihat Khalid Samad yang nekadnya untuk terus mempopularkan diri di kalangan DAP. Khalid Samad yang bertindak sebagai hero dalam PAS, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa pemimpin yang mesra gereja ini bukanlah warak dan mempunyai ilmu agama yang baik sebaliknya lebih banyak bercakap. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger