Thursday, December 15, 2011

LIM GUAN ENG SELAR PENGUNDI SARAWAK SEBAGAI PENGUNDI HANTU



Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan rakan mereka di Sarawak supaya bersiap sedia dan bekerja keras untuk memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen di Sarawak. Ini kerana kerusi Parlimen di Sarawak adalah penentu kepada kemenangan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 akan datang semasa penyampaian ucapannya dalam Wacana Sinar Harian.

Melihat kepada PRN Sarawak April lepas yang menyaksikan DAP menang besar mengatasi PKR dan PAS serta pembangkang tempatan Sarawak, SNAP. Justeru, Pakatan Pembangkang tiada masalah untuk berdepan dengan BN dalam PRU-13 dengan dibantu "pengundi hantu" yang kebanyakannya pengundi Cina.

Menurut Lim Guan Eng, penentu kemenangan pilihan raya umum ke-13 adalah dua golongan iaitu “pengundi hantu” dan pengundi di Sarawak. Sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi satu pertiga kerusi di Sarawak, itu sudah memadai untuk mereka memberikan tekanan kepada BN.

Lim Guan Eng percaya rakyat Sarawak terutama pengundi Cina yang banyak menyumbangkan kemenangan kepada DAP dan Pakatan Pembangkang akan mengulanginya kembali ekoran krisis dalaman SUPP yang kian retak menanti belah. Pengundi Cina juga diharap akan terus memberikan tekanan kepada BN di Sarawak dalam usaha untuk memberikan perubahan kepada kerajaan yang sedia ada bagi menaikkan martabat kaum Cina di bumi Kenyalang yang dihuni majoriti pengundi Bumiputera.  

1 komen:

  1. Kalau pengundi Sarawak pengundi hantu, pengundi Pulau Pinang pengundi apa??????

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger